Friday, February 7, 2014

mengendalikan anak yang terlalu 'aktif' semasa di pasaraya


Salam sayang di hari Jumaat yang mulia, kali ni entri kita berkisar tentang bagaimana mengendalikan anak yang terlalu 'aktif' ni terutama sekali di pasaraya. Menjadi ibu bapa ni memerlukan kita mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, emosi dan mental yang sihat.

Sedih juga wana tengok ada segelintir ibu bapa yang memakaikan anak dengan beg yang ada tali sekali tu (backpack with harness) macam dalam gambar kat bawah ni. Yelah, agaknya ada sesetengah ibu anggap mudah baginya untuk memantau anak-anak yang terlalu 'aktif' ni. Selain daripada Shaklee, wana ada biz lain iaitu mamamaisarah boutique yang menjual kelengkapan anak2 termasuk backpack, ada pada supplier wana jual backpack with harness ni tapi wana tak ambik & tak terbuka hati untuk menjualnya kerana wana punya alasan tersendiri kenapa wana tidak suka penggunaan nya untuk tujuan mengendalikan anak-anak.



Pada pandangan wana, ibu bapa boleh mengambil alternatif seperti kalau ke shopping mall pada hari puncak (waktu orang dapat elaun or gaji) lebih baik sekiranya meminta saudara, adik or parents untuk menjaga anak2 seketika (in case anak lebih daripada 2 orang). Hal ni sedikit sebanyak mengurangkan risiko kehilangan anak di kalangan orang ramai yang bersesak2.

Ibu bapa jangan la terlalu kusyuk nak berkejaran ke arah items yang sales sahaja hinggakan terlepas pegangan tangan anak. Jangan gelak tau, ada juga parents yang sebegini. Berjalan la sambil memimpin tangan anak anda. kalau anak 2 orang, seorang ibu yang pegang dan pantau, seorang lagi ayah nya yang pegang dan pantau. Sama-sama kita ambil tanggungjawab.

apa lagi yang boleh kita buat??

ada yang meletakkan anak2 dalam troli. Bunyi nya agak lucu tapi juga merupakan alternatif yang baik untuk mengawal anak-anak daripada berkejaran.

seterusnya ada juga yang menyediakan pengenalan diri pada anak sama ada menempah khas gelang buat anak yang mengandungi nama parents & contact no. 

Anak anugerah daripada Allah yang sangat bernilai. Jadi sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai parents untuk membimbing, menjaga, mendidik mereka. Jaga la anugerah ini dengan sebaik mungkin. Awasi anak anda walau di mana anda berada sama ada di rumah atau di luar. 

Salam sayang :) ~ wana~






No comments:

Post a Comment