Wednesday, February 12, 2014

Siapa kata Sedekah hanya bila kita kaya??



entri hari ni berkenaan dengan sedekah. Dalam entri yang lepas, ada wana bercerita tentang keajaiban sedekah yang wana sendiri alami. Subhanallah, dari situ terus kuat tertanam dalam diri wana untuk membantu yang memerlukan. Ingat lah, kita takkan rugi atau kurang satu sen pun dengan bersedekah, sebaliknya Allah tambahkan lagi rezeki anda. Subhanallah keajaiban itu, saya sendiri rasainya. Bersedekah lah dengan seikhlas hati anda, tak perlu tunggu bila kaya baru nak bersedekah :)

entri hari ni tak la sepanjang entri2 yang lepas, cuma sekadar perkongsian buat diri saya dan anda semua. Kalau diri rasa tak terteram, dah berusaha bersungguh-sungguh..tapi hasilnya tidak memuaskan, maka seeloknya kita check balik apa yang kita sudah lakukan, apa kekurangan kita.

Wana bawakan kisah realiti, ada sipulan A seorang kontraktor kurang mendapat tender atau projek, bila buat kerja memang sipulan A ni akan memastikan kualiti yang terbaik dan kebajikan pekerja terpelihara, yang wajib ditunaikan. Sipulan A ini bertemu sipulan B bercerita tentang projek yang makin berkurang. Sipulan B memberi pendapat, seraya bertanya, pernahkah anda mengeluarkan sedekah sepanjang anda mendapat keuntungan itu? baru la sipulan A tersedar yang dia mengabaikan 'sedekah' dan amal jariah kepada yang memerlukan. Alhamdulillah, rezeki sipulan A masuk melimpah ruah setelah bersedekah. Alhamdulillah.

Kita hidup dengan selesa pada hari ni, tapi kita perlu ingat yang ada yang kelaparan, kesejukan saat kita begitu selesa itu. Keluarkan sedekah dengan hati yang ikhlas, in shaa Allah ada rezeki yang menanti anda.



Sama-sama kita bersedekah :)


No comments:

Post a Comment