Saturday, February 15, 2014

senjata mengatasi KUTU & tips KUTU JANGAN DATANG LAGI


Ibu bapa yang bekerja menghantar anak-anak ke rumah pengasuh, nursery, taska, tadika dalam keadaan yang sihat, kemas..tup..tup, satu hari anda ternampak anak anda tergaru2 kepala. Kejap kejap garu. Kronik dah ni..mesti ada KUTU!!! mesti ramai yang serbu klinik atau farmasi untuk dapatkan syampoo untuk kutu dan tak kurang juga ke kedai untuk membeli sikat kutu.

Pernah wana dengar dulu2, yang kutu ni tak suka dengan orang yang rambutnya berkelemumur. Sesak agaknya..heeee

ok, entri kali ni wana berkongsi senjata-senjata melawan KUTU
  1. BAWANG MERAH. Dengan aroma nya yang kuat dan boleh menyebabkan kita mengeluarkan air mata mencurah-curah. Cara ni digunakan oleh orang dulu, kreatif ya orang dulu2. Caranya potong halus 5 ulas bawang merah, sapu kan daripada pangkal rambut ke hujung rambut, urut hingga ke kulit kepala. Aromanya yang kuat menyebabkan kutu2 tak tahan dan mati.
  2. MINYAK KELAPA. Minyak kelapa ni akan buat kutu dehidrasi/ kekeringan dan mati kehausan. Di sapu pada malam hari seminggu berturut-turut.  Sapu minyak kelapa atas rambut, tutup dengan plastik penutup kepala tu,biarkan selama 5-6 jam. Kemudian cuci rambut anda dengan syampoo.
  3. CUKA PUTIH. ni ala2 nak sterilkan kepala daripada telur-telur kutu yang masih ada. Cara pakai: sapu cuka putih dari pangkal hingga ke hujung rambut. Biarkan hingga 2 jam. Kemudian cuci rambut anda dengan air bersih dan syampoo.
  4. SIKAT KUTU. Yang ni wana tau dah, ramai yang expert.heee..sikat ajaib ni dapat tarik keluar kutu an telur-telurnya..ngeri aje dengar kan?
  5. MEMBOTAKKAN RAMBUT. hoho..ni agaknya jalan terakhir kot. untuk anak perempuan, ada parents yang gunting pendek rambut mereka bagi memudahkan pembasmian kutu.

TIPS agar kutu tak datang lagi
  • Jangan tidur atau baring berhampiran PEMBAWA KUTU..(orang yang sedia ada kutu)
  • Check ahli keluarga anda, anak2..ada tak yang masih ber kutu..so, standby SENJATA MELAWAN KUTU
  • Jangan letakkan topi, selendang atau tudung berhampiran dengan barang-barang orang yang ber kutu ni sebab kutu boleh meloncat dengan mudah
  • Lakukan pembasmian kutu ni at least sebulan sekali sebagai pencegahan awal dan memastikan keluarga anda bebas kutu.
KUTU menggangu konsentrasi dan kualiti hidup anda. 
CEGAH is sebelum kutu bawak anda ke pulau kutu...heee (dulu2 zaman kecik2 ada yang cerita tentang pulau kutu ni). Sediakan payung sebelum hujan ya

Salam Sayang :)

Wana


No comments:

Post a Comment