Monday, January 20, 2014

Warna air kencing dan UTI



Warna air kencing merupakan petunjuk sesuatu penyakit dan apa yang badan anda sedang alami. 

Jenis warna urin/air kencing dan puncanya:

  • kuning pucat - normal
  • kuning cerah - akibat pengambilan B complex
  • kuning gelap - dehidrasi, kurang air selepas mengambil vitamin
  • kecoklatan - mengambil ubat-ubatan atau mengalami masalah hati
  • oren - dehidrasi atau kesan pengambilan carotomax
  • keruh - UTI/urinary track infection/kencing kotor
  • kemerah-merahan - jangkitan buah pinggang atau penyakit yang berkait
  • kebiru-biruan - kesan pengambilan atau penyakit blue diaper syndrome
APA ITU UTI atau kencing kotor??
jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, buah pinggang,ureter dan urethra.

Tanda dan Gejala
  • Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
  • Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  • Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
  • Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  • Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  • Demam dan seram sejuk.


SIAPA YANG BERISIKO??

  • wanita 
  • wanita hamil
  • wanita baru lepas bersalin
Penyebab dan faktor-faktor penyumbang
  • tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dubur atau faraj memasuki uretra.
  • Hubungan seks kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
  • Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
  • Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
  • menahan kencing
Mencegah masalah kencing kotor dengan SHAKLEE
  • Vitamin C - bersifat asid dan menghalang pertumbuhan bakteria dalam salur kencing
  • Zinc - membantu penyerapan vitamin C. Di samping meningkatkan sistem pertahanan badan melawan bakteria dan jangkitan penyakit
  • Vitamin A atau carotomax - meningkatkan pertahanan badan, membantu penghasilan sel darah putih dan limfosit, yang memusnahkan bakteria berbahaya, virus dan ancaman kulat yang menyebabkan pelbagai jangkitan
  • Alfalfa - untuk pelawasan
Pengurusan Kendiri
  • Jangan tahan kencing
  • minum banyak air
  • Semasa mencuci alat sulit, pastikan dicuci dari depan ke belakang supaya kuman tak dibawa ke pundi kencing
  • kosongkan pundi kencing selepas persetubuhan. 
  • elakkan produk feminin yang memudaratkan seperti menggunakan semburan deodoran atau lain-lain produk feminin di kawasan kemaluan kerana ini boleh merengsakan uretra.
  • tukar tuala wanita lebih kerap
  • memakai pakaian dalam daripada kapas dan longgar. Elakkan pakaian ketat dan lembap.
  • elak daripada melakukan aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, seperti berbasikal, menunggang kuda, menunggang motorsikal dan travel.

No comments:

Post a Comment