Friday, January 17, 2014

CABARAN DAY 29 (entri 1) Definisi kejayaan menurut wana

Salam Jumaat yang mulia, bercerita tentang definisi kejayaan. Pada perspektif wana, suatu kejayaan itu diukur bila kita mencapai suatu tahap kepuasan. Kita sudah berusaha, kebergantungan kepada Allah, kemudian alhamdulillah dilimpahkan rezeki melimpah ruah. 

Satu kejayaan yang dicapai dengan hasil titik peluh sendiri, sesudah mengharungi segala kesulitan kepayahan, segala ujian itu kita hadapi dengan penuh kesabaran kerana kita yakin ada sinar kejayaaan di hadapan. Kemanisan suatu kejayaan, satu perkara yang tak dapat diungkap. Sujud syukur buat Yang MAHA ESA.

"suatu kejayaan tak datang bergolek, kita kena berusaha ke arah nya"

"kemanisan kejayaan setelah mengharungi kepayahan dan kesulitan suatu pengalaman yang sukar diungkapkan"

"yakin lah bahawa setiap kepayahan itu kunci kepada kejayaan"



SALAM KEJAYAAN 
~wana~

No comments:

Post a Comment