Wednesday, January 1, 2014

CABARAN DAY 13 (ENTRI 1) RM 1 JUTA/ Month

Assalamualaikum dan hai,

entri di pagi tahun baru 2014. Welcome 2014. Mudah-mudahan rezeki kita semua makin bertambah di tahun baru. amin. In shaa Allah. Entri pada pagi ni gempak sikit tajuknya " income RM 1 Juta sebulan" apa yang wana akan lakukan??

Memiliki wang yang banyak, memang menjadikan impian ramai orang tapi bila kita memiliki wang dan asset yang banyak, kita harus menggunakan ke jalan kebaikan agar duit yang kita peroleh itu berkat. Apa yang wana akan lakukan dengan wang sebanyak tu??


  1. Pertama sekali, sudah tentu mengeluarkan zakat. Supaya semua income atau harga yang kita perolehi suci dan berkat.
  2. Sedekah kepada rumah anak-anak yatim atau orang yang memerlukan.
  3. Menunaikan haji / umrah satu keluarga.
  4. Bagi makan atau menjamu orang ramai
  5. Simpanan di hari mendatang
  6. menyediakan atau menampung kelengkapan yang kurang (berbelanja dengan sederhana)
  7. bercuti satu keluarga