Thursday, January 16, 2014

CABARAN DAY 28 (entri 1) hadiah TERBAIK untuk Nur Maisarah

Salam siar, topik pagi ni lebih kepada anak2, buat masa ni satu2nya princess mama, Nur Maisarah... 2 oktober 2014 ni, 4 tahun usianya. kepandaiannya melangkau usianya. alhamdulillah.

untuk Maisarah, mama selalu berikan yang terbaik, baik dari segi makanan, pakaian, pendidikan. Suatu yang baik itu tak semestinya mahal harga nya. Setiap bulan, akan ada reward untuk prestasi Maisarah untuk bulan tu, biasanya mama akan minta Maisarah pilih baju2 yang mama jual. Setiap bulan akan ada 2 pasang baju baru untuk Maisarah di samping buku2nya. Alhamdulillah dia gemar membaca, fast learner. Alhamdulillah. Minat membaca & menulis datang daripada dirinya sendiri.

Bila mama shop sorang2, pasti ada yang mama belikan untuk dia yang kebiasaannya lebih kepada buku ataupun makanan, dia tak cerewet dalam pemilihan makanan, seorang kanak-kanak yang simple, bila g pasaraya dia takkan minta2 untuk dibelikan mainan.Dia akan tengok dan bercangkung tengok mainan & bila kita ajak pergi terus dia join kami berjalan. Agaknya dah puas time kecik2 banyak mainan.

Harapan mama, moga tahun 2014 dengan rezeki yang makin bertambah, kita dapat duduk kat rumah baru kita. In shaa Allah & mama akan sentiasa berusaha menyediakan yang TERBAIK untuk Maisarah untuk bekalan dunia & akhirat :)

nak buat muka comel katanya Maisarah..hehehe