Wednesday, January 1, 2014

CABARAN DAY 13 (entri 2 ) Anak asthma?? Kenali Tanda dan gejala asma

ok, sebelum2 ni wana ada mengupas tentang asthma, kanak-kanak & Shaklee (boleh klik link ni ya)

Wana tengok akhir2 ni ramai ibu bapa yang post gambar anak buat rawatan untuk lelah, ada anak2 dimasukkan ke hospital kerana demam plus lelah, batuk berkahak. Ye, memang dalam proses pembesaran anak-anak akan tempuhi nya. Tapi kita sebagai ibu bapa juga perlu memikirkan alternatif lain untuk kesihatan dan perkembangan anak-anak.


Kepada ibu bapa yang prihatin, ada yang mendapatkan Meal shakes & Omega guard Shaklee untuk anak2. Mana2 yang berpendapatan lebih atau mempunyai peruntukkan lebih, wana rasa tak salah andai dilaburkan untuk kesihatan anak.

Penyebab asthma yang jelas belum dapat dikenalpasti, seiring dengan kemajuan sesuatu negara, kita lebih terdedah dengan pencemaran udara yang tinggi baik dari segi asap ataupun debu. 

Rata2 penghidap asthma ni lebih peka atau sensitif terhadap berbagai rangsangan seperti yang wana sebutkan tadi, pencemaran sekeliling, pemakanan, haiwan berbulu (ada yang menyatakan kalau ada anak asthma, jangan bela binatang berbulu dalam rumah..terutama kucing..sejauh mana kebenarannya..in shaa Allah nanti wana kupaskan pada entri yang akan datang), tekanan jiwa, aroma seperti perfume, ada juga berlaku disebabkan jangkitan pada salur pernafasan.

Ada juga yang mengaitkannya dengan faktor keturunan. Jika salah seorang antara ayah atau ibu mengalami asthma atau ada latar belakang family terdekat asthma. Yang ni rata2 kita nampak flow nya kan..macam wana sebelah family wana tiada yang mengalami asthma ni, kalau sebelah en suami, anak2 saudaranya ada yang asthma kerana latar belakang family biras dan abang ipar wana ada yang asthma

Tanda dan gejala Asthma:
  • Pernafasan berbunyi (wheezing) terutama saat menghembus nafas. Tidak semua penderita asma memiliki pernafasan yang berbunyi, dan tidak semua orang yang nafasnya terdegar wheezing adalah penderita asma!
  • sesak nafas sebagai akibat penyempitan saluran pernafasan
  • Batuk berpanjangan di waktu malam hari atau cuaca dingin.
  • ada yang menghidapnya merasakan dada sempit.
  • Serangan asma yang hebat menyebabkan penghidapnya tidak dapat bercakap kerana kesulitannya dalam mengatur pernafasan.
**Pada usia anak-anak, gejala awal yang boleh dikenalpasti adalah seperti rasa gatal dirongga dada atau leher. Sepanjang serangan asma, rasa cemas yang berlebihan dari penghidapnya dapat memperburukkan keadaanya (kalau berlaku pada anak anda, dapatkan mereka dan tenangkan mereka). Akibat daripada reaksi itu, penghidapnya akan mengeluarkan banyak peluh.

Jadi untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang asthma ni, perhatikan anak anda. Serangan asthma tak mengenal tempat. Jadilah ibu bapa yang sangat PRIHATIN :)


No comments:

Post a Comment