Thursday, January 9, 2014

CABARAN DAY 21 (entri 2) 11 tips kulit berseri

Salam siar..bila tengok tajuk ni mesti ingat pada produk2 kan? ok..kita ketepikan soal produk2 jap..kita bercerita tentang TIPS untuk dapatkan kulit berseri. Terlalu taksub dengan sesuatu produk hinggakan kita lupa asas penjagaan diri yang sangat penting.


Wana nak share 11 tips Kulit muka berseri2.
  1. Mencuci wajah 2 kali sehari. Mencuci wajah 2 kali sehari akan membuang minyak pada permukaan kulit kita. Logiknya, jika kita jarang mencuci muka, bakteria dan kelompok minyak mengundang kepada naiknya jerawat. Namun ingat, jangan pula terlampau kerap mencuci muka kerana dikhuatiri akan mengeringkan kulit muka. Serta jangan menggosok muka terlalu ekstrim..hehhe..kang mencederakan kulit muka dan akan menimbulkan masalah lain pula. Jadi cuci la muka 2 kali sehari dengan gosokan yang lembut.
  2. Sesuaikan kosmetik dengan jenis kulit. Jika anda seorang yang kulit berminyak, maka cari la kosmetik yang sesuai untuk kulit anda bagi mengelakkan timbulnya jerawat atau bintik2 yang tidak diingini.
  3. Hindari kosmetik yang berminyak. Tak kira kulit anda normal atau berminyak, anda patut hindarkan daripada jenis kosmetik yang berminyak.
  4. Keringkan wajah dengan tuala yang bersih. Setelah cuci muka atau mandi, lap la dengan tuala yang bersih dan kering. Bakteria dan kulat amat menyukai tempat yang lembap.
  5. Minum air putih/air masak. Jadi minum la air sekurang-kurangnya 3 liter sehari untuk mengelakkan kulit kering dan ia dapat melembapkan kulit. Ada petua yang mengatakan minum air suam, dapat mencantikkan kulit dan dalam masa yang sama dapat menjaga kesihatan organ dalaman.
  6. Gunakan pelembap kulit atau losyen. Penggunaannya dapat mengelakkan kulit kering atau pecah2. Elakkan pelembap yang berunsur minyak.
  7. Banyakkan makan sayur dan buah. Untuk kelembapan, kecantikan kulit :)
  8. Tidur yang cukup dan teratur. Kulit sama juga seperti kita memerlukan rehat yang mencukupi. Biasakan untuk tidur yang cukup dan teratur.
  9. Posisi tidur. Elakkan tidur telangkup/meniarap kerana dapat menyebabkan kedut.
  10. Bersenam. Dapat mengeluarkan peluh dan membuatkan kita lebih sihat dan cergas. Begitu juga khasiatnya kepada kulit.
  11. Senyum. Tak perlu bayar apa2..Senyum itu sedekah dan juga ajaib untuk kulit & kekal awet muda.

SALAM SAYANG
~wana~


No comments:

Post a Comment