Monday, January 13, 2014

CABARAN DAY 25 (entri 2) Tips banyakkan susu ibu

Menjadi seorang ibu merupakan satu anugerah, menyusukan bayi juga merupakan suatu keseronokan..seronok bila tengok baby menyusu, rezeki untuk anak. Tapi ada ibu yang stress kerana susu tak banyak, flow susu slow, anak merengek tak puas menyusu..nak bergayut aje kat situ..jadi ibu tak dapat bergerak ke mana2. Bagi ibu2 bekerja yang sibuk, berada dalam keadaan stress dan penat juga akan membantutkan pengeluaran susu.

Dalam entri ni, wana nak berkongsi tips. Moga2 dapat membantu ibu2 yang mengalami masalah ini. 

  1. banyakkan minum air/jus buah-buahan/ makanan yang bersup (sehari at least 2 liter)
  2. banyakkan minum susu. Sebaiknya 3-4 hidangan sehari
  3. banyakkan makanan yang berprotein. Protein ni penting kerana protein adalah komponen utama sus ibu. Di samping itu protein diperlukan untuk membina sel kulit, rambut dan pertumbuhan yang sihat. Sebab tu ramai yang memilih ESP Shaklee. Alternatif bagi ESP ni adalah Meal shakes. yumm.yumm..memang best.
  4. makan nasi panas bersama halia muda (hiris nipis2) dan di campur dengan air asam
  5. minum air asam jawa direbus bersama dengan gula merah bersama asam keping
  6. rebus beberapa helai daun betik muda (minum air rebusan 2-3 kali sehari)
  7. makan lebih sayur-sayuran, terutama yang boleh membantu banyakkan susu iaitu brokoli, lobak putih, saleri, sawi putih, peria, ulam pegaga (best nyeee),ulam jantung pisang, kentang, taugeh.
  8. ambil supplemen. Ikut jadual yang telah disediakan.



TIPS SEBELUM dan KETIKA PENYUSUAN
  1. minum segelas air, susu atau fresh juice sebelum atau ketika menyusu
  2. berbaring dulu beberapa minit sebelum menyusu
  3. dengarlah sesuatu yang menyenangkan ibu sebelum dan sewaktu menyusu
  4. jika ibu minat membaca, boleh juga waktu menyusu ibu membaca
  5. pilih tempat yang sunyi sewaktu menyusukan bayi
  6. sebaik-baiknya ibu mandi terlebih dahulu dengan air suam sebelum menyusukan bayi
  7. ketika menyusu duduk ditempat yang selesa contohnya di kerusi yang lembut
  8. rehatkan kedua-dua belah tangan dan tarik nafas 15-20 kali sebelum memulakan penyusuan
  9. mendapatkan nasihat daripada mereka yang berpengalaman
  10. ibu harus kuat & yakin kepada diri sendiri 
" lebih kerap bayi disusukan atau ibu2 perah, maka akan lebih banyak susu yang akan dihasilkan"

in Shaa Allah, kita berdoa dan mengamalkan zikir2 serta berserah kepada Allah. Jangan lupa untuk menadah tangan untuk memohon daripada NYA..Susu ibu itu rezeki dan rezeki itu hak Allah. Elakkan mengeluh dan berputus asa. Banyakkan bersyukur, beristighfar..ingat lah perjalanan penyusuan setiap ibu adalah berbeza. Saya mendoakan yang terbaik untuk ibu2 di luar sana juga buat diri saya. Amin.


PROMOSI ISTIMEWA
dengan setiap belian set penyusuan Shaklee dengan wana
anda berpeluang mendapatkan ebook ni!!


NURAZWANA ZAKARIA
ID 918791
0199904429 SMS/WHATSAPP
tulipcomey@gmail.com





No comments:

Post a Comment