Tuesday, January 14, 2014

CABARAN DAY 26 (ENTRI 1 ) Hadiah TERBAIK untuk Wana berikan kepada ma abah

alhamdulillah bila berbicara tentang tajuk ni..banyak sebenarnya wana nak berikan kepada parents wana. Dengan rezeki yang makin bertambah juga, ada yang wana telah berikan. Alhamdulillah sejak wana menjadi ahli Shaklee ni, wana memang belikan untuk ma & abah Shaklee untuk memastikan tahap kesihatan mereka berada di tahap yang terbaik dengan izin NYA juga memanjatkan doa setiap masa buat mereka.

Hadiah lain yang wana akan berikan in shaa Allah kejayaan wana bergelar DR pabila menerima phd. Menjadi impian abah untuk melihat Wana memiliki Phd dalam bidang wana. In shaa Allah tahun ni, 2014 wana akan merealisasikannya.

Terus sahaja kepada topik utama post ni hadiah TERBAIK yang wana ingin berikan adalah wana nak menghantar ma dan abah juga family wana untuk menunaikan haji di Mekah. In shaa Allah moga niat yang suci ni termakbul dan wana sedang berusaha ke arah itu. 

No comments:

Post a Comment