Friday, January 3, 2014

CABARAN DAY 15 (ENTRI 1) "Malaysia a better place to live"

Mencapai suatu KEMERDEKAAN bukan suatu yang mudah, MENGEKALKANnya juga akan menjadi suatu perkara yang sukar ANDAI kita semua tidak bersatu. Sekarang usah ditanya pada orang lain, tepuk dada tanya diri anda..sejauh mana anda sayang & cintakan negara? Sejauh mana anda akan berusaha untuk menjaga kemerdekaannya? sejauh mana?


Saya, Nurazwana binti Zakaria, SANGAT SAYANGKAN BANGSA & NEGARA saya. Itu yang tertanam dalam diri ni. MALAYSIA tanah air ku.


Sedih dengan segelintir golongan atau segelintir anak muda yang kurang rasa cinta kepada negara. Ada yang mempersendakan lirik lagu, tak kurang juga ada yang mencetuskan huru hara..SALAH SIAPA?? Jangan kita menuding jari pada orang lain, tuding dulu kepada diri kita sendiri sejauh mana kita sayangkan negara.

Renung-renungkan la sejarah negara kita pada zaman dahulu. Anda juga belajar Sejarah kan? (teringat kata2 cikgu time sekolah dulu, ilmu ni kita belajar..kita amal & praktikkan..andai ilmu hanya digunakan untuk lulus exam..nak dapatkan A sahaja..setakat itu sahaja lah pengertiannya..tapi kalau ilmu yang bermanfaat kita akan gunakan ke jalan yang betul, ia akan jadi berkat dan memanfaatkan semua).

Jadi apa yang kita boleh lakukan untuk terus menjadikan Malaysia tempat yang selamat untuk kita diami atau tinggal?

  1. Pendidikan awal bermula daripada rumah oleh kedua ibu bapa. Ibu Bapa itu sendiri menjadi idola dan contoh kepada anak-anak. Sebagai ibu bapa harus tanam rasa sayang dan cintakan negara kepada anak-anak. Kenalkan anak-anak dengan gambar-gambar tokoh negara. JANGAN terapkan rasa kebencian kepada anak2.
  2. Di Sekolah pula, kita peruntukkan beberapa minit untuk kenalkan pelajar-pelajar berkenaan negara dan pemimpin2..mengadakan aktiviti yang berkaitan kenegaraan.
  3. Di pihak komuniti pula, pergiatkan aktiviti rukun tetangga, gotong royong mega, gotong royong untuk majlis-majlis. Dengan cara ini, dapat mengeratkan silaturrahim dan memupuk semangat tolong menolong.
  4. Banyak media akhir-akhir ni memaparkan isu kebanjiran pendatang, siap ada cetakan akhbar bangladesh di sini lagi, orang ramai rasa takut nak keluar sebab pendatang lagi ramai berbanding warganegara, soal kebersihan. Wana fikir dalam masalah ini, semua agensi dan masyarakat setempat perlu bersatu. Maksud wana, kerapkan penguatkuasaan atau menetapkan kuota bukan warganegara dalam sesuatu kawasan dan sentiasa memantau perkembangan populasinya.
  5. Berkait dengan menetapkan kuota dan pemantauan populasi bukan warganegara ni, wana rasa perlu ade satu badan khas yang memantau dan bukan hanya kita letakkan atas bahu polis semata-mata. Gandingan sukarelawan, orang awam dan badan berkuasa in shaa Allah dapat mengatasi masalah ini.
  6. Pergiatkan lagi amalan rohani..sama ada secara individu, komuniti atau peringkat kebangsaan. Sentiasa berterusan kita berdoa untuk keamanan & kesejahteraan negara yang kita cintai MALAYSIA.

SAYA SAYANG MALAYSIA
~MALAYSIA, a better place to live~



No comments:

Post a Comment