Thursday, January 2, 2014

CABARAN DAY 14 (entri 2) Kolestrol..jahat ke?? berkongsi tips menjaga aras kolestrol

Kolesterol, bersifat lembut dan berminyak, tidak berbau. Hadir pada setiap bahagian badan, terutamanya di dalam otak (dengan membentuk 11% dari berat keringnya), sistem saraf, kulit, hati, usus, limpa dan hormon sex. Jadi, manusia memerlukannya di dalam proses biologi. Cuma tak boleh pada jumlah yang terlalu banyak. Menjadi lumrah, setiap unsur pada makanan perlu ada had pengambilannya. 



Dalam tubuh terdapat lemak terdiri dari kolesterol jahat yang biasa disebut LDL (Low Density Lipoprotein) dimana lemak ini dapat menempel pada pembuluh darah. Sedangkan kolesterol baik yang dikenal dengan HDL (High Density Lipoprotein) merupakan lemak yang dapat melarutkan kandungan LDL dalam tubuh. Kolesterol normal dalam tubuh adalah 160-200 mg, maka penumpukan kandungan LDL harus dicegah agar tetap dalam keadaan normal.


Teringat wana pada ex-housemate wana, orangnya sangat kurus (sebelum dia kahwin), time dia g check up semua..aras kolestrol, tekanan darah..tup2..bacaan kolestrol tinggi..terus dia ke kedai dan consume oat..heee...Jadi jangan ingat, hanya orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan aje yang akan kena..yang kurus pun boleh tau. Jadi apa yang perlu kita lakukan??

Berikut wana share beberapa tips mengenai penjagaan kolestrol. Mungkin ramai dah mengetahuinya tapi adakah kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian?? ok, terus sahaja kepada TIPS PENJAGAAN KOLESTROL

  1. DIET (contoh nya minum susu low fat..yang full cream tu memang best, tapi AWAS ye..jangan selalu mengamalkannya. Minyak yang digunakan berulang kali juga boleh meningkatkan aras kolestrol, maka ada baiknya kita cuba menggunakan penggunaan minyak yang berulang atau sebaiknya kurangkan pemakanan makanan yang berminyak dalam hidangan.
  2. MAKANAN LEBIH MAKANAN BERSERAT. misalnya gandum, kacang, sayur-sayuran serta buah-buahan. Jenis makanan yang kaya serat ini akan mengikat kolestrol dan menyerapnya serta akan mengeluarkan kolestrol daripada tubuh.
  3. MAKANAN KAYA ANTIOKSIDA. seperti buah-buahan. Banyak ye makanan yang kaya antioksida ni dapat membantu masalah kesihatan.( bawang putih juga dapat menurunkan aras kolestrol..wahh..menarik).
  4. HINDARI MEROKOK DAN ALKOHOL. 
  5. BERSENAM. curi la masa 20-30 minit satu sesi, supaya badan dapat membakar lemak dan berpeluh :)

JOM hidup sihat tanpa kolestrol JAHAT :)







No comments:

Post a Comment