Saturday, January 4, 2014

CABARAN DAY 17 (entri 1) Perkara TERBAIK sepanjang minggu ni

Perkara TERBAIK yang berlaku dalam hidup wana sepanjang minggu ni adalah tibanya tahun baru, 2014 dengan keazaman yang baru, harapan yang baru.

Dalam Shaklee pula, alhamdulillah dengan pertambahan 'anak' yang bersungguh-sungguh untuk closing, berjuang hingga jam2 yang terakhir. Alhamdulillah terdapat kenaikan pada kali ni.. Hasil kesungguhan & usaha semua serta doa dan zikir yang sentiasa diterapkan kepada kami, warga Shaklee. Kita pulun lagi 2014 ni.

Untuk family besar pula, biras wana pregnant anak keempat..hehe. Harapannya kali ni boy pulak sebab dah ada 3 princess.Alahan teruk katanya, alhamdulillah lepas consume set untuk pregnant mummy reda sikit alahannya dan lenguh2 badan, pinggang dan belakang kurang. Mudah-mudahan semuanya selamat. amin. In shaa Allah. (psss..wana rasa time balik kampung en suami nanti ni mesti yang bertanya bila nak menambah..heee)