Wednesday, September 24, 2014

Tips Melatih Anak Solat

Alhamdulillah malam ni wana nak kongsikan tips tentang melatih anak solat. Ni versi wana sendiri. 

Orang kata, melentur buluh biar lah dari rebungnya. Bila dia dah jadi buluh, tua susah sekali untuk dilenturkan semula. Jadi tugas kita mendidik anak sejak dari kecil, didik anak kenali Allah SWT, kenali Nabi Muhammad SAW, rukun islam, rukun iman. Ajari anak sejak dia kecil bersesuaian dengan umur dan tahapnya.

Untuk melahirkan anak yang hebat, terlebih dahulu ibu bapanya perlu menjadi hebat. Anak-anak akan menurut segala tingkah laku kita kerana di mata mereka kita adalah contoh atau 'role model' mereka. Jadi sebagai ibu bapa pamerkan lah akhlak yang mulia, saling kasih mengasihi, hormat menghormati sesama ahli keluarga.

Jadi macam mana kita nak melatih anak-anak bersolat dengan sendiri, tanpa paksaan, tanpa kekerasan dan tanpa rotan atau segala hukuman??? Berikut wana berkongsi Tips khas versi wana. Moga bermanfaat dan dapat dipraktikkan oleh semua. :)

Tips Melatih Anak Solat

  1. Kenalkan anak dengan pencipta NYA, rasulnya, kitabnya bersesuaian dengan umurnya. Lain umur lain pendekatannya. Seperti yang wana praktikkan melalui penceritaan, kisah-kisah kerasulan, kisah-kisah para Nabi, dekatkan anak dengan ciptaan Allah seperti masa bawak ke taman permainan, nampak burung, pokok, rasa angin..kita pun terangkan secara ringkas, siapa penciptanya, apa yang perlu kita lakukan.
  2. Wana pasti semua mempunyai TV kan? Bila dengar azan, didik anak supaya diam dan menghormati azan. Terangkan kepadanya kenapa kita perlu diam, apa itu azan, lepas tu kita perlu buat apa.
  3. Belikan telekung sembahyang atau sediakan kain bagi memperkenalkan langkah pertama untuk anak-anak2. Mesti anak2 suka.
  4. Ajak anak turut serta bersolat bersama-sama kita. Ni sebagai satu langkah awal, biasanya anak2 yang setahun lebih, dua tahun suka ikut perbuatan kita. Sediakan ruang untuk dia bersolat, biarkan dia ikut tingkah laku kita. Ingat, JANGAN parents aje suruh anak bersolat, tapi anda duk melayan sinetron atau drama. Bersolat lah sekali dengan anak anda, atau anda perhatikan dia solat, bacaannya.Dari situ, kita dapat memperbaiki apa yang kurang.
  5. Bila anak dah pandai bercakap, kita boleh perdengarkan surah2 dalam solat untuk mereka. Perdengarkan setiap hari atau setiap kali waktu solat, in shaa Allah anak akan dapat mengingati dan menghafalnya.
  6. Ajarkan secara terperinci, satu persatu langkah bila anda rasakan anak anda telah bersedia. Alhamdulillah kami latih Maisarah dengan tertib solat yang betul, masa umurnya 3 tahun. Umur sebelum dari tu, wana sediakan kain khas untuk dia ikut kat sebelah. Alhamdulillah beberapa surah dan bacaan dia dah boleh :)
  7. Mendoakan anak-anak anda. Itu jangan lupa, setiap masa di setiap tempat :)


time ni Maisarah umur 1 tahun 3 bulan :)


Sekarang, 3 tahun 11 bulan (tengok gambar kat bawah)



Moga kakak Maisarah menjadi anak yang solehah, sihat, berjaya dunia dan akhirat. amin . In shaa Allah :)

Mama wana
ID918791
01116866987 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com


Buasir Dalam Pantang Itu Mengerikan

Hari ni wana nak story kepada semua tentang ngerinya buasir ketika kita berpantang.

Dalam beberapa hari ni, wana didatangi oleh beberapa ibu yang baru sahaja melahirkan anak, means dalam tempoh berpantang. Wana tumpang simpati apabila mereka menceritakan tentang pengalaman mereka dengan buasir. Ada yang keluar darah semasa membuang air besar, najis keras, phobia untuk ke tandas, ada yang dikatakan seperti keluar sedikit 'isi' dan menyebabkan rasa stress yang amat.

Berpantang yang dikatakan masa beristirehat, atau fasa pemulihan segala luka dalaman dan luaran, kestabilan emosi terganggu dek buasir. Pengalaman wana sendiri berhadapan dengan situasi sembelit semasa dalam berpantang. Sembelit pun kita rasa mengerikan, apatah lagi yang menghadapi buasir kan?

apa yang dapat membantu ibu-ibu ini? ya, wana cuba sedaya upaya untuk membantu.


ni set yang dicadangkan untuk individu yang mengalami buasir, yang tersenarai adalah khasiat dan fokus vitamin secara ringkas berkaitan permasalahn buasir ni.



ni set berpantang yang dicadangkan buat ibu yang menjalani proses berpantang yang juga dapat membantu masalah buasir ni

antara testimoni customer yang juga mengalami buasir ketika berpantang


Jadi, JANGAN BERLENGAH lagi!!
segera mencari SOLUSI untuk permasalahan anda


JOM jalani masa berpantang dengan riang & gembira

untuk pertanyaaan lanjut
sms/whatsapp wana 01116866987
tulipcomey@gmail.com
ID918791



Friday, September 19, 2014

Berpantang

Santai2 tengahari dengan entri yang santai tentang berpantang.

Dialog bersama my mom tentang berpantang ni. Orang kata ape, tanya pada yang pakar :) Mak dah cakap, untuk berpantang nanti ni mak tak risau dah sebab wana dah consume Shaklee. Ada set berpantang dia. Lagi satu in shaa Allah, wana plan nak belajar berpantang di rumah sendiri. Mak cakap bolehnya, senang aje. Mak akan datang menjenguk sekali sekali tak pun datang bawak jenjalan cucu sulong dia ni. Alhamdulillah.

Bukan nak kata kita ni berpengalaman sangat, tapi dari pengalaman yang lepas kita boleh alert apa yang boleh dan tak boleh, apa yang perlu dibuat dan dipakai, pengalaman yang lepas banyak mengajar wana. Mungkin lebih matang uruskan baby dengan sendiri. In shaa Allah.




ni wana tunjukkan buat kali ke berapa ntah set berpantang :) memang serius best u oll. Banyak testimoni daripada customer yang bagitau dengan izin Allah consume set berpantang ni, tak rasa macam dalam pantang, rasa segar, boleh buat kerja-kerja ringan..Siap suami ada puji, muka tak nampak macam orang bersalin.

nak dapatkan set berpantang ni? boleh roger wana ye

mama wana
ID918791
01116866987 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com

Wednesday, September 17, 2014

Bertuahnya Ibu Mengandung


Alhamdulillah dan tahniah buat anda ibu-ibu yang dikurniakan oleh Allah untuk merasai pengalaman mengandungkan zuriat. Bersyukur kepada Allah bahawa kita berpeluang merasainya kerana tak semua orang dapat merasai nikmat mengandung. Jadi wana bawakan kepada anda entri tentang bertuahnya ibu mengandung.

ha..dalam entri yang ringkas ni kita nak tengok kenapa kita dikatakan bertuah? Umum sedia maklum, zuriat adalah pengikat kasih sayang suami isteri dan tambah menceriakan rumah tangga kita. :)

  • Apabila seorang wanita hamil, maka beristigfar lah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan.
  • Dua rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tak hamil.
  • Wanita hamil perolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.
  • Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.
  • Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa pada setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.
  • Apabila seorang ibu melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Sekiranya ibu tersebut meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  • Seorang ibu menyusukan anak hingga cukup tempoh 2 1/2 tahun, malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya. (in shaa Allah, ni azam wana kali ni)
  • Seorang ibu yang menyusukan anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Seorang ibu yang menggembirakan anaknya, Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.
  • Seorang ibu yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


Islam itu Indah :)
Bertuahnya diri mu duhai wanita & para ibu 


Mama Wana
ID918791
0199904429 /01116866987
tulipcomey@gmail.com

Monday, September 15, 2014

Mengasingkan Tempat Tidur Anak

Tengahari ni, wana bawakan perkongsian tentang mengasingkan tempat tidur anak. 



Alhamdulillah Maisarah kini telah tidur di tempatnya sendiri, bebas terus daripada pakai pempes yang jenis pants tu pada waktu malam. Alhamdulillah. Dalam entri ni wana berkongsi pengalaman mengasingkan tempat tidur anak. 

Selalu tidur berderet 3 orang, kini Maisarah dah berdikari sepenuhnya. Sebelum mengasingkan tempat tidurnya, kami slow talk dengan dia bagitau kakak Maisarah dah besar dan tak lama lagi nak ada adik dah. Lupa nak bagitau, Maisarah umurnya sekarang (masa entri ni ditulis, umurnya 3 tahun 11 bulan).

Jadi akur dengan nasihat mama dan papa, Maisarah rupanya amat mudah membawa dirinya tidur sendiri diruangannya sendiri. Alhamdulillah dah besar anak mama. 

Tapi mamanya semalaman menangis mengenangkan anak tidur sorang-sorang (satu lagi maybe terlebih emo sebab pembawakan budak) (time taip entri ni pun bergenangcoz  teringat) . Yela, selama ni cam tidur beratur..Maisarah tidur hujung, mama tengah, papa tepi. En suami pujuk suruh banyak selawat dan istigfar.

Bila difikirkan sudah tiba masanya untuk dia berdikari sepenuhnya, mamanya perlu akur dan terima hakikat anakanda kami sudah besar. Sudah sampai masanya kami memberi ruang dan tempat yang diperlukan olehnya untuk proses pembesaran.

Tips buat anda yang dalam proses mengasingkan tempat tidur anak:

  • sediakan satu ruangan atau bilik yang selesa, kemas, bersih buat anak-anak 
  • dekati anak anda dan slow talk dengan mereka, kenapa dia perlu tidur berasingan
  • sebelum waktu tidur atau sebelah malamnya, layani anak-anak nak main atau buat aktiviti dia
  • teman anak anda jika dia belum berani untuk tidur sendiri
  • bacakan buku cerita untuk mereka, sama-sama membacakan doa tidur dan surah bersama ana
  • beri masa untuk anak anda bersedia
  • ajar anak anda mengatasi rasa takut, atau bekalkan dia dengan bantal yang dia suka atau teddy
  • puji anak atas keberanian dia tidur sorang-sorang
Hikmah mengasingkan tempat tidur anak dengan ibu bapa ialah:
  • Anak lebih berdikari
  • Adanya privasi suami isteri
  • Anak akan lebih hormat kepada ibu bapa kerana wujudnya adab dan tatasusila yang sepatutnya iaitu ketuk pintu sebelum masuk bilik, minta izin untuk masuk terutama 3 waktu iaitu masa sebelum solat subuh (waktu bangun) , selepas solat isyak (waktu tidur), waktu tengahari
sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah an-Nur: 58 yang bermaksud 


"Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba kamu dan orang yang belum baligh dari kalangan kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya..."). 


mama wana
ID918791
01116866987 / 0199904429



Wednesday, September 10, 2014

Makanan Yang Perlu Dielak Oleh Ibu Mengandung

Kalau masa mengandungkan Maisarah dulu, sebelum merasa sebarang juadah yang meragukan sama ada boleh makan ke tak masa mengandung ni mesti telefon mak. Yang mana boleh dan tak boleh mesti bertanya pada mak. heee..Yang second baby ni pun masih tanya mak boleh makan ke tak. Jadi hari ni wana nak berkongsi entri Makanan yang perlu dielak oleh ibu mengandung.



Makanan dan minuman yang perlu dielakkan:

  • Alkohol, minuman bergas dan makanan ringan (yang ni memang secara terang-terangan tak elok untuk perkembangan bayi dari segi kuantiti gulanya, perisanya, pewarnanya, juga bagi umat islam adalah haram minum alkohol)
  • Sebarang pil atau ubat-ubatan. Jangan cuba jadi doktor sendiri. Bertanya lah pada yang lebih pakar.
  • Minuman dan Makanan yang berkafein (tak dapat dinafikan ada sesetengah kajian yang membenarkan pengambilan cafein dengan jumlah yang sederhana. Tapi bagi wana, wana berpantang kafein ni sebab sedikit sebanyak kafein boleh boleh menggangu bacaan hb juga menghakis kalsium. Kafein juga dikatakan boleh menjejaskan berat bayi dalam kandungan.)
  • Keju lembut. Yang ni biasanya keju lembut yang dibuat daripada susu yang tak dipasteur. Keadaan ni mendedahkan ibu dan bayi kepada jangkitan bakteria. Contohnya Bakteria Listeria. Jadi sebelum beli keju tu, cek dulu ada perkataan 'dipasteur' atau tidak.
  • Daging mentah atau separuh masak/sushi. Daging mentah atau sajian yang tidak dimasak sepenuhnya akan mengundang kepada kehadiran pelbagai jenis bakteria. Jadi buat yang suka makan kat luar, atau suka sushi tu kena berpantang la kejap ye. Pastikan masakan yang anda makan sempurna dimasak. (pss..better la masak kat rumah, lebih selamat)
  • Adunan tepung mentah. Kadang-kadang time buat cucur atau kuih, ada yang gemar rasa skit adunannya. Jangan lupa dalam tu pon ada telur yang mentah. Telur yang mentah mungkin mengandungi Salmonella yang boleh menyebabkan keracunan makanan yang TERUK!!
  • Makanan laut yang tinggi merkuri. Wana pernah dengar di radio( lupa dan cenel apa) dia katakan kurangkan makan seafood contohnya ikan yang kurang atau tak bersisik kerana spesies sebegitu lebih terdedah kepada pencemaran merkuri. Misalnya ikan pari.
  • Kekacang. Bagi yang mempunyai sejarah keluarga yang ada eczema, alahan, asma seeloknya kurangkan hidangan kekacang semasa kehamilan atau penyusuan. Hal ini boleh mengurangkan risiko bayi anda mendapat alahan yang serius.
  • Buah-buah dan sayur-sayuran yang tidak dibasuh. ha..aspek kebersihan sangat perlu diambil perhatian. Pastikan kesemuanya dibasuh dengan sempurna bagi mengelakkan sebarang jangkitan bakteria.
  • Hidangan yang tersimpan lama di dalam peti ais.Tak perlu la sebegitu berjimat untuk panaskan masakan yang dah lama berada dalam peti ais. Ini kerana ada juga bakteria yang boleh hidup dalam persekitaran yang sejuk. Hal ini boleh mendatangkan keracunan makanan yang serius!
  • Angkatan makanan, buah-buahan dan minuman yang 'tajam' dan 'panas' seperti nenas, tebu, black pepper pun kena kurangkan. (wana time pregnant terus tinggalkan black pepper walaupun hantu pedas). Durian pun time mengandungkan maisarah dulu cukup sekadar merasa aje :)

mama wana
ID918791
01116866987 / 0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com

Keputihan Semasa Mengandung

Biasa kita dengar keputihan ni berlaku dekat time kita nak period, ada sikit keluarnya cecair, lendir bewarna putih tapi tak berbau yang kemudiannya akan hilang bila dah period. Ni biasanya berlaku dikalangan wanita tapi harus diteliti tentang warna keputihan tersebut, adakah keputihan yang biasa atau berbau dan berwarna hijau??? erkk.. itu yang harus kita teliti. Jadi topik wana hari ni berkisar tentang Keputihan Semasa Mengandung.



Normal bagi wanita sedar akan keputihan ni masa nak period tapi bila part keputihan semasa mengandung ni ada yang jadi kurang jelas. Jom kita kupas sama-sama. Wana ada baca beberapa blog kesihatan, jurnal, forum kesihatan tentang ni dan terdapat pelbagai pendapat tentangnya. Yelah, setiap individu berbeza kan. Ada yang keluar cecair/lendir putih, ada juga yang warna macam eggmask serta ada yang creamy. 

Macam mana terjadinya keputihan semasa hamil??
Bila menyentuh tentang kehamilan ni, kita kena faham hakikat bahawa tubuh sedang mengalami perubahan berbanding keadaan normal. Perlu diingat juga bahagia hormon kita turut mengalami perubahan. Lebihan lelehan lendir ini biasanya berikutan tindakan hormon kehamilan itu sendiri. 

Normal ke keputihan semasa hamil??
'Leukorrhea' adalah lelehan keputihan yang nipis, dan kurang berbau yang keluar dari kemaluan. Satu gejala yang normal dan tidak perlu anda risau. 

Macam mana pula dengan keputihan yang Tak Normal??
Keputihan yang anda dapati bewarna hijau atau kekuningan, bau yang kuat, gatal dan kemerahan. Gejala seperti ni menunjukkan bahawa anda sedang mengalami jangkitan. Dengan bahasa mudahnya kita kenali sebagai jangkitan Yis, biasanya disebabkan oleh candidiasis atau boleh juga disebabkan oleh STD (Sexual transmitted disease) atau STI (sexual transmitted infection) biasanya ketika bersama pasangan.

Apa yang perlu anda buat??

  • Semasa Mengandung JANGAN
    • menggunakan tampon ( ini akan memperkenalkan atau menggalakkan bakteria baru ke vagina)
    • basuh vagina menggunakan sabun even feminine wash pun tak digalakkan (akan mengganggu ph asal vagina serta menggalakkan jangkitan)
    • jangan jadi pakar sendiri dengan cara menganggapnya sebagai jangkitan faraj dan merawatnya sendiri. Terus berjumpa Doktor anda.
  • Semasa Mengandung HARUS
    • gunakan pantyliners yang membawa keselesaan kepada anda
    • pastikan kemaluan anda sentiasa kering dan bersih
    • maklumkan doktor anda tentang sebarang perubahan yang anda rasakan
sumber: 1 , 2 , 3 , 4   

Salam sayang
mama wana
ID918791
01116866987 / 0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com

Tuesday, September 9, 2014

Kisah kehamilan Wana Dan Shaklee




Alhamdulillah hari masuk minggu ke 7 usia kehamilan wana :) alhamdulillah untuk segala rezeki dari Allah. Jadi malam ni satu entri yang santai dari wana tentang kisah kehamilan wana dan Shaklee.

Alhamdulillah diberi peluang lagi sekali untuk merasai nikmat mengandung. Kali ni agak berbeza rasanya berbanding dengan masa mengandungkan Maisarah dulu. Kalau Maisarah dulu, alhamdulillah wana tiada sebarang alahan mahupun rasa loya. Tapi kali ni wana kerap rasa mual dan loya, kulit kering dan menggelupas, jerawat pun gemar mengintai dari tirai muka..huhuhu..rasa malas yang amat untuk mencuci muka. Cuci muka kat sini cuci dengan facial foam tu ye.

Itu kelainan yang ketara wana rasa yang membezakan masa mengandungkan Maisarah dan second baby ni. Tapi kalau bercakap soal TENAGA, memang EXTRA tenaga. Alhamdulillah. Cergas, memasak, buat kerja rutin, memanjat dengan sopan. Memang Super Power betul tenaganya. 

Biasa kita dengar orang yang mual, rasa nak loya ni asyik berbaring kan?? ni wana jadi lebih aktif, jangan diikutkan sangat rasa loya tu. agak2 rasa loya dan mual, kemam chewable vita c plus yang Maisarah punye...hehehhe..kalau dulu mama kurang suka rasanya sebab masam sangat tapi maisarah relax je consume ni. Tapi sekarang rasa masam masam manis yang best. Mungkin sebab lidah wana kelat dicampur dengan rasa mual tu.

Lagi teman tenaga wana, B complex dan Vitalea (multivitamin), ha..yang ni memang wajib wana consume. Time pregnant kan Maisarah dulu, time check up yang pertama aje cantik hb wana, yang lain terus low..huhu..tapi kali ni, in shaa Allah wana xperlu risau lagi dengan izin Allah, vitalea ni membantu ramai ibu2 yang mengalami masalah hb low ni dah bacaannya maintain cantik.

Ada sekali dua terlupa nak consume B comp dan vitalea lepas breakfast, wana consume lepas dinner, dinner wana around 7 pm. Dekat nak tidur tu pulak, wana consume ostematrix. Wana perlu pastikan bekalan calsium dan segala zat mencukupi bagi menampung keperluan diri wana dan bayi dalam kandungan.

Setiap ibu mahukan yang terbaik. Tapi macam mana kita pilih yang terbaik itu menjadi sebahagian daripada kita? Kalau masa pregnant kan Maisarah, wana belum berkenalan dengan Shaklee tapi buat anakanda kedua kami ni, sepenuhnya wana consume Shaklee. Alhamdulillah Shaklee TERBAIK buat kami sekeluarga.

Shaklee, TERBAIK buat seisi keluarga

Mama Wana
ID918791
01116866987 / 0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com



Ketahui Jantina Bayi Yang Dikandung

Lelaki ke perempuan?? boy or girl? Mesti pernah terlintas dalam fikiran para ibu untuk mengetahui jantina anak yang sedang anda kandung :) tu perkara yang normal. Ada yang memilih biar lah surprise, ada yang ke klinik swasta untuk melakukan ultrasound untuk mengetahui sendiri kebarangkalian jantina anaknya.

banyak petua atau pandangan orang-orang kita berkaitan ni, boleh jika anda nak mencubanya sendiri tapi selebihnya kita serahkan kepada Yang Maha Kuasa :) . Jom kita tengok satu persatu apa bentuk eksperimen yang boleh kita buat.

  1. Menggunakan Sodium Bikarbonat (serbuk/tepung penaik) mencampurkan air kencing/urin ibu mengandung (urin awal-awal pagi). katanya ketepatan teknik ni dalam 60%. heee..ni wana belum pernah cuba, akan dipertimbangkan. Keputusan yang dinilai;  kalau bayi perempuan: tiada kesan berbuih, kalau bayi lelaki: ada kesan berbuih.
  2. Ada pulak yang tengok bentuk perut ibu. macam mana pulak ni?? katanya kalau perut ibu tajam dan runcing ke depan, bayi yang dikandungnya kemungkinan anak lelaki. Kalau perut ibu bulat dan melebar ke tepi, kemungkinan anak perempuan.
  3. Tengok pada breast abang/kakak sebelumnya, kalau cam ala-ala terbelah maka anak dalam kandungan anda adalah perempuan. Kalau nipple bulat/atau timbul dikatakan anak lelaki.
  4. Melihat arah ibu selesa atau kerap tidur, kalau ibu selesa dan kerap tidur sebelah kanan kemungkinan anak yang dikandungnya anak lelaki, kalau belah kiri kemungkinan anak perempuan.
  5. Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasakan anak dalam kandungan suka duduk sebelah kanan, kemungkinan anak lelaki. Kalau sebelah kiri, kemungkinan perempuan.
  6. Melihat gaya ibu. Kalau ibu time mengandung suka berhias, make up, bersoleh, kemungkinan anak perempuan. Kalau malas bersolek, malas cuci muka biasanya anak lelaki.
  7. Melihat wajah ibu, katanya kalau berseri-seri anak lelaki, kalau cam kusam gitu anak perempuan. Dikatakan seri wajah ibu diambil oleh anak dalam kandungan.heee
  8. Ibu yang mengidam makan makanan yang manis, kemungkinan mendapat anak perempuan, ibu yang mengidam makanan masam masam tu lelaki.
  9. Melihat buku lali ibu. Kalau licin, putih berseri, kemungkinan lelaki. Kalau kehijauan, kemungkinan anak perempuan.
  10. Ada yang gantungkan cincin kahwin dengan benang, kalau bergerak dalam bulatan tu baby girl, kalau dalam garis lurus baby boy. kaedah ni wana rsakan akan dipengaruhi oleh udara sekeliling :)
  11. Mencampurkan umur ibu ketika persenyawaan berlaku dengan bulan persenyawaan, jika genap itu lelaki, jika ganjil itu perempuan.
  12. Selain tu ada juga yang rujuk chinese gender predictor tu :)

Tak salah untuk kita berusaha dan cuba segala teknik ni. Apa yang penting jangan letakkan 100% kepercayaan kepada hasil ujian yang kita dapat. Berjumpa lah yang pakar dan banyakkan berdoa kepada Yang Maha ESA. 

Pada wana secara peribadi, wana tak kisah sama ada baby boy atau baby girl untuk second baby wana ni, yang penting moga si kecil ni dikurniakan kesihatan, keselamatan dan segalanya lancar serta dilindungi dunia dan akhirat. Ameen, in shaa Allah.

Salam sayang,
mama wana
ID918791
0199904429 /01116866987 (sms/whatsapp)





Double Promo Yang Best Di Bulan September

Buat julung-julung kalinya Shaklee buat promosi yang super gempak "Double Promo" iaitu Beli 3 Meal Shakes PERCUMA 1 lagi!!!  dan Beli 6 kotak Collagen Powder PERCUMA 1 lagi kotak!!!

WOW!!

Memang penjimatan yang berganda bulan ni, satu multivitamin yang lengkap terutama untuk anak-anak kita dan satu lagi bagi anda-anda yang mahu kekal cantik, anggun, juga sebagai milk booster tau.

Sebut pasal Meal Shakes ni wana rasa telah banyak entri wana berkaitannya dan anakanda Maisarah pengguna tegar Meal Shakes hampir 1 tahun setengah, kandungan penggunaannya yang kaya khasiat, penggunaan yang tahan lama iaitu 1 bekas tu tahan hingga 4-5 bulan, lepas tu bukan sahaja anak-anak malah seisi keluarga boleh consume ni, buat kita rasa bertenaga, tidak dilupa kulit yang licin, lembut dan cantik. 

Sangat bagus untuk perkembangan pembesaran dan perkembangan minda serta IQ anak2, juga bantu meningkatkan selera makan anak. Banyak lagi khasiat kalau nak diceritakan ni. Resipi dia pulak boleh dipelbagaikan..nak mix dengan susu, ribena,sunquick, fresh milk dan macam macam lagi.

Gambar ni set yang Maisarah consume :)

Bila bercerita pula tentang collagen powder, maka tergambar la kita wajah yang tegang, cerah tulus mulus, berseri-seri semulajadi. Memang terbukti!!









Pendek cerita memang BEST, anda boleh grab mana-mana promosi sama ada meal shakes atau collagen powder ni :)

SMS, PM, Whatsapp SEKARANG!! buat anda yang nak dapatkan PROMOSI ni!!

Ada yang Istimewa menanti anda yang Istimewa

wana
ID918791
01116866987 (sms/whatsapp)/ 0199904429
tulipcomey@gmail.com