Wednesday, March 26, 2014

penentuan hari dan waktu subur

hari ni 'keluarga' Shaklee kami berdiskusi tentang Hari dan waktu subur, macam mana nak tentukan dengan cara yang mudah. Wana pasti semua wanita di luar sana sedar tentang ini dan ada juga yang tidak mengambil kisah.



Bagi pasangan yang ingin mendapat zuriat, sudah pasti penentuan hari dan waktu kesuburan ini adalah komponen yang penting. Di samping itu, kitaran haid sama ada normal atau tidak pun perlu diberi tumpuan.

Pastinya anda semua tau purata tempoh kitaran haid bagi  wanita yang normal adalah sekitar 28 hingga 30 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Perbezaan tempoh kitaran dan tempoh aliran keluar haid adalah berbeza bagi setiap individu dan umur individu tersebut. (yang ni wana akan buka entri lain yang fokus bab haid ni).

ok, terus sahaja kepada penentuan waktu atau hari kesuburan. Cara yang mudah adalah dengan merekod atau mencatat suhu badan dan memerhatikan kelikatan bendalir yang keluar.

MEREKOD SUHU BADAN

(untuk lebih tepat: catatkan suhu badan normal (masa tak haid) , semasa period (hari pertama period) dan waktu kita rasa badan suam2..biasa nya sekitar hari ke 12,13, 14. Semestinya anda memerlukan termometer khas. Biasa nya seseorang wanita akan berasa badan dia suam2 bila tibanya waktu subur ni. Pada waktu kesuburan ni, suhu badan wanita biasa nya akan meningkat dalam 0.5-1 darjah berbanding suhu badan biasa.

PERHATIKAN CECAIR/BENDALIR YANG KELUAR

biasa nya sekitar hari ke 12/13/14, kita sedari ada bendalir yang keluar. Perhatikan warna dah kelikatan nya (kepekatannya). Kemuncak kepada kesuburan adalah apabila bendalir putih jernih yang likat dan pekat keluar.

Peratusan kehamilan adalah tinggi jika kita pasangan 'bersama' semasa kesuburan. Bagi anda yang merancang untuk hamil, boleh 'berusaha' dan bagi yang merancang keluarga cuba elakkan bersama ketika waktu subur ni.


No comments:

Post a Comment