Wednesday, March 19, 2014

Masa DOA paling Mustajab

Assalamualaikum dan salam siaran..heee..entri malam ni tentang masa doa paling mustajab. Wana pasti ramai yang sudah sedia maklum. Niat wana di sini untuk berkongsi buat diri dan anda di luar sana. Moga-moga doa kita dimakbulkan Allah.



Ada 9 petua Rasulullah s.a.w untuk mendapat doa yang mustajab ni. in shaa Allah dalam entri ni akan wana kongsikan.


  1. Anas bin malik meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak".
  2. Rasulullah s.a.w bersabda: " Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman :"Sesiapa yang berdoa kepada KU, maka AKU akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada KU maka AKU akan mengampuninya".
  3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda : "3 orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka, dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka"
  4. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok,pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan"
  5. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: " Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk.Waktu paling dekat antara hamba dan Tuhan NYA adalah ketika sujud, maka perbanyakkan lah doa ketika itu"
  6. Ata bin Abi Rabah berkata : " Telah sampai kepada ku bahawa Rasulullah bersabda : " Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan".
  7. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam) , solatnya akan diterima Allah".
  8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda :' Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: "aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan"
  9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan tentang hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: " Pada hari Jumaat itu ada suatu saat bila mana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu".
Sumber: 1, mymetro