Monday, March 24, 2014

Doa dan amalan agar dipermudahkan mendapat zuriat


Memiliki zuriat merupakan satu anugerah yang sangat bermakna buat pasangan suami isteri. Alhamdulillah diri ni dapat merasai perasaan, pengalaman menjadi seorang ibu. Berkahwin, mengandungkan, melahirkan, mendidik, membesarkan dengan ilmu dunia & akhirat. Sekarang usia puteri kami menjengah 4 tahun pada tahun ni. Alhamdulillah.

Hakikatnya tidak semua pasangan yang beroleh zuriat selepas berkahwin. Ada yang menunggu sehingga 4, 5 tahun ataupun lebih untuk memiliki zuriat. Ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua atas sebab-sebab tertentu. Setiap yang berlaku adalah dengan izin dan ketentuan Allah, itu kita mesti redha. Kita sebagai manusia teruskan berusaha. 

Dengan kecanggihan teknologi masa kini, ada pasangan yang mendapatkan rawatan alternatif..berusaha berjumpa pakar, menjalankan pemeriksaan lengkap suami dan isteri, ujian kesuburan. Yela, kita perlu berusaha dan bukannya hanya semata-mata berserah.

Di samping menjalankan usaha yang berbentuk fizikal, terdapat doa serta amalan yang boleh kita lakukan untuk mendapat zuriat yang kita idamkan selama ni.

DOA MEMOHON ZURIAT : amalkan sebagai zikir sepanjang masa

“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi’
(Surah Al Anbiya’ [21]:89)


"Ya Tuhanku! Berilah aku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa”

(Surah Ali Imran [3]: 38)



Selain daripada tu terdapat juga amalan lain yang boleh diamalkan

Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh

- Baca Bismillah 1 kali
- selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud itu, mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.


Amalan kedua.
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.

-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Kita berusaha dan berdoa, in shaa Allah

-------------------------------------------------------------------------------
alternatif lain
SET KESUBURAN SHAKLEE
untuk suami dan isteri

boleh terus hubungi saya
nurazwana zakaria
shaklee id 918791
0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com



No comments:

Post a Comment