Wednesday, March 26, 2014

Biarkan anak anda meneroka tapi ada hadnya

Santai petang wana melihat Maisarah bermain dengan buih sabun yang alat dia guna betri tu.lama dah beli..oleh kerana dia terlalu obses jadi wana sorokkan alat tu.hehe.

Sekarang wana rasa its ok dia nak main sebab sekarang dia pandai dan akur dengan had masa bermain.kalau dulu malam pun nak main dengan bubbles tu. Sekarang kita cakap petang boleh main dalam jam 6.30 petang kena stop dah dan dia akur..macam mana wana alert dan dia percaya??

Peraturan pertama Jangan berbohong dengan anak anda. Yang kedua, Jangan berjanji dengan anak andai anda tak pasti dapat mengotakan janji atau tidak.

Nampak mudahkan?? tapi sebagai parents kita perlu tunjukkan perilaku yang terbaik buat anak..terutama anak yang dalam proses nak membesar dan dalam umur dia banyak terima maklumat ni.

Bila kita kata..ok kak, petang nanti kakak boleh main buih sabun ni.Jadi kotakan kata anda. Kanak2 terutama anak saya memang akan ingat dan pegang pada janji. Jadi bila petang dia akan bertanya.
Bila nak main? Boleh tak nak main?

Bila kita bagi tu.kita cakap had masa boleh main.wana akan terus cakap..ni kakak boleh main sampai 6.30 petang aje tau.sebab nanti kalau lebih daripada tu banyak nyamuk terbang..bahaya untuk kesihatan. Nanti orang nak azan.kanak-kanak kena duduk dalam rumah dah.lepas tu tunjukkan waktu pada jam bila dia patut berhenti main.

Santai petang
-wana-

No comments:

Post a Comment