Monday, March 17, 2014

PELUPA, semasa hamil & selepas bersalin

tetiba malam ni agak tertarik dengan topik ni, LUPA/TERLUPA/PELUPA..macam mana ianya boleh berlaku kepada bakal-bakal ibu, para2 ibu semasa hamil dan selepas bersalin. 




  • lupa kunci letak kat mana, mencari-cari padahal kunci berada dekat sahaja
  • terlupa appointment
  • berhenti berbicara kerana anda lupa apa yang nak anda cakap
  • lupa nama
  • bercelaru
  • lupa arah pemanduan walaupun dalam kawasan kejiranan anda
jika salah satu terdapat pada anda dan dalam masa yang sama anda sedang mengandung, anda mungkin mengalami 'Placenta brains' atau di kalangan ibu2 baru dikenali sebagai 'Mommy brains'

Melalui pembacaan wana, terdapat pelbagai teori mengenai masalah ni. Salah satu nya termasuk la penyusutan otak. Dipercayai otak menyusut 3-5 % semasa kehamilan, yang mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan selepas bersalin untuk kembali normal. 

Teori yang seterusnya berkait dengan hormon. Faktor ni sering kita dengar kan, sebab kita semua sedia maklum hormon kurang stabil semasa kehamilan. 

Ada juga yang menyebut tentang perkaitan masa, cara mengatasi masalah, yang sedikit sebanyak menyebabkan kekaburan fikiran atau fikiran bercelaru.

Memetik artikel CNN, kajian yang dilakukan oleh Dr. Julie Henry, senior lecturer di Sydney's University of New South Wales dan Dr. Peter Rendell, Melbourne's Australian Catholic University mendapati yang 'memory loss' atau kelupaan ini boleh berlanjutan sehingga satu tahun selepas bersalin ( diterbitkan di Journal of Clinical and Experimental Neuropsychology).

Apa yang boleh wana simpulkan daripada kajian mereka mendapati bahawa berlaku gangguan kepelbagaian fungsi daya ingatan kita yang disebabkan oleh perubahan hormon dan perubahan gaya hidup, seperti terlalu banyak berfikir tentang perkara akan datang, macam mana perubahan hidup nanti yang menggangu kualiti tidur dan seterusnya akan menggangu fokus dan prestasi individu.


APA PENYELESAIAN atau alternatif kita kepada permasalah ni??
  • catatkan nama, ulang nama anda di hadapan kawan-kawan
  • catatkan jadual temujanji
  • jangan terlalu memaksa diri untuk mengingati, jangan stress kerana ia nya tak membantu anda
  • Bagi yang muslim, berdoa & mengadu kepada Allah 

SUMBER : 1 , 2

No comments:

Post a Comment