Tuesday, February 11, 2014

anak SUKA BERBOHONG..kenapa??apa yang perlu kita buat??



Bila berbohong menjadi kebiasaan anak, kita sebagai parents perlu risau dan memikirkan penyebab dan macam mana untuk mengatasi masalah ni. Tabiat kebohongan ini, tak boleh dibiarkan berlaku kerana ianya merupakan racun dalam kehidupan.

Faktor Penyebab
  • Berasal dari diri anak itu sendiri (anak ingin dipuji dan dikagumi); jadi anak akan melebihkan cerita tentang dirinya hinggakan memasukkan kisah yang bukan tentang dirinya. Ingin elak daripada dihukum oleh parents , ingin mendapat sesuatu yang diinginkan, ingin melindungi rakan, berdendam dengan orang lain.
  • penyebab keadaan sekeliling (tuntutan/permintaan yang tinggi contohnya seorang anak yang tak mampu memenuhi permintaan parents memilih untuk berbohong sebagai alasan) , melihat orang yang berbohong dan menjadikan sebagai model serta label 'pembohong' yang diberikan kepada mereka.
Cara untuk mengatasi anak berbohong
  • BERHENTI memarahi anak (kemarahan dan hukuman yang berat atas kesalahan anak, belum tentu difahami maksudnya oleh anak). Teruskan fahami dan dekati anak anda, bertanyakan kenapa anak melakukan demikian, didik la dengan cara yang lembut.
  • BE POSITIVE. Ada juga parents yang suka membandingkan anak mereka dengan anak orang lain. Berhenti membandingkan anak2. Tanamkan kepada diri anak bahawa setiap individu itu unik ada kelebihan dan ada kekurangannya.
  • BERUSAHA MENCARI MAKLUMAT yang LENGKAP. Sebagai ibu bapa kita jangan cepat melatah. Kumpulkan bukti yang berkaitan agar anda mengetahui perkara yang sebenar, kemudian berbincang dengan anak. Berbicara la dengan tenang, ingat tujuan utama adalah mencari penyelesaian kepada masalah dan bukannya untuk terus-terusan menyalahi, memarahi dan memukul anak-anak.
  • MEMBERI HUKUMAN atas kebohongan anak dan MEMBERI PENGHARGAAN ATAS KEJUJURANNYA. 
  • IBU BAPA sebagai ROLE MODEL. Jadi lah panduan atau role model kepada anak anda, tidak berkata bohong kepada anak dan orang lain.
  • BERDOA. Sebagai ibu bapa, berdoa lah untuk anak anda. Terutama doa daripada seorang ibu.

sabar dalam mendidik anak & moga anak kita menjadi insan yang cemerlang dunia & akhirat

amin. in shaa Allah

Salam sayang :)

No comments:

Post a Comment