Thursday, April 10, 2014

nak cantik TANPA perlu ubah apa-apa

Cantik itu subjektif. Lain individu lain tafsirannya tentang cantik. Semua suka akan cantik kan??

Ada yang sanggup berhabis membeli make up, kosmetik,supplement kecantikan. Itu normal. Ada juga yang sanggup operate, inject sana sini..hingga berakhir dengan wajah yang kecut dan berkedut.

Bersyukur kepada Allah atas apa yang telah dianugerahkan kepada kita. Setiap individu itu unik dan cantik.

ok, hari ni wana nak cerita khas buat anda-anda yang nak tampil cantik semulajadi tanpa merubah apa2 yang ada pada kita. Pada wana secara peribadi, yang merupakan seorang isteri dan ibu juga wanita, menjaga kesihatan dan kecantikan sangat penting untuk menempuhi hari demi hari.

macam mana wana menjaga kecantikan?

  • menjaga pemakanan (pemakanan seimbang)
  • memastikan air yang mencukupi untuk memastikan kelembapan kulit dan tak kering
  • makan sayur, ulam ( ni memang favourite)
  • makan buah-buahan 
  • mengambil vitamin (ESP shaklee, vitamin C dan B complex)

Wednesday, April 9, 2014

cerita cita-cita si pari-pari

cerita cita-cita si pari-pari



biasa lah kanak-kanak pelbagai cita-citanya, ada parents yang ajar anak siap2..nanti orang tanya, jawab nak jadi Doktor, pilot...dan banyak lagi.

wana beri kebebasan kepada anak, yang pastinya kerjayanya mesti dapat menyumbang sesuatu yang berguna kepada masyarakat, halal itu sudah semestinya.

dulu2, kalau ditanya Maisarah..dia akan cakap nak jadi Polis sebab nak tolong orang tangkap orang jahat. tu jawapannya. mama senyum aje. Dalam tempoh setahun juga di pegang cita-cita tu.heee..kalau ditanya sekarang, dia akan jawab doktor. alasan dia nak tolong orang sakit dan kanak-kanak sakit. 

Tiada yang mengajar nya. Semua dari dirinya..Agaknya banyak belajar daripada apa yang dilihatnya.heee..Kalau mama baca buku, dia akan ambik buku nya datang baca sama tapi lebih menarik katanya buku mama..'menarik' jugak la dik buku immunology ni..heheee..mesti Maisarah lagi expert berbanding mama nanti.

agaknya apa lagi yang bakal tersenarai dalam cita-citanya ya??

mama pun tak sabar nak mendengar cerita-cerita kehidupan si pari-pari kecil mama ni :)



Dia sahabat ku


Seorang kanak-kanak sarat dengan rasa nak tahu, bermain, menulis, melompat..pelbagai pengalaman terbaru hari demi hari. Dalam mengharungi hari-hari menuju kedewasaan, seorang anak memerlukan sahabat.Dan sahabat yang paling rapat dengannya adalah kedua ibu bapa serta adik beradik nya yang lain.Dalam istilah sahabat sarat terkandung semuanya, dia lah kawan, teman bergaduh, teman bermain, teman dikala sunyi, susah senang.

Bersahabat dengan anak, merupakan salah satu bentuk pola pengajaran dan pembelajaran. Walaupun secara realiti kita nampak anak lebih seronok dengan kawan-kawan yang seusia dengan mereka, namun hakikatnya anak-anak perlukan kita sebagai sahabat utama mereka. Sahabat yang menyenangkan, dapat berkongsi permasalahan, cerita-cerita disekolah atau apa sahaja.

Bagaimana nak jadi sahabat kepada anak?? 
  • menjadi pendengar yang baik dan aktif kepada anak
  • melibatkan diri dalam aktiviti dan dunia anak
  • beri teguran secara profesional dan rasional. Kalau anda mempunyai anak yang ramai, panggil anak secara individu dan berbincang atau tegur kesalahannya dan bukannya memarahi anak di kalangan anak-anak yang lain.
  • beri pujian kepada anak agar dia rasa disayangi, dihargai dan meningkatkan motivasi diri anak
  • berikan kepercayaan kepada anak selagi perkara itu tidak bahaya kepada mereka
  • jadilah ibu bapa yang menyenangkan anak-anak anda
  • kita sebagai ibu bapa jangan malu mengakui kelemahan dan kekurangan diri. contohnya terdapat kemahiran yang belum kita ketahui tapi anak tau. Tak salah sama2 belajar dan berkongsi :)
  • ungkapkan anda sayangkan mereka :)

Jom jadi sahabat kepada anak & selami diri mereka

Salam sayang
~wana~






wajah yang gebu itu anak ku :)

hehe..tengok tajuk mesti ade yang sengih kan?

Alhamdulillah atas anugerah Allah kepada kami suami isteri, Maisarah anugerah daripada Allah. Permata hati kami dan pengerat kasih sayang kami.

Tahun ni Maisarah masuk 4 tahun, maka banyak dah mulut2 berbunyi..bila nak tambah?? maisarah dah besar, sian main sorang2..dah besar tu, elok la tambah sorang lagi. in shaa Allah ada perancangan ke situ. Tapi buat masa ni, kami fokus kepada nya. Mencorakkan diri nya dengan acuan yang kukuh. Bekalkan dengan ilmu dunia & akhirat. Pada Wana sendiri, wana mementingkan kualiti berbanding kuantiti. :) 

Maisarah alhamdulillah lahir dengan kulit yang memang cantik, bersih, cerah, licin..alhamdulillah. Maisarah seorang anak yang aktif, petah berkata-kata, sahabat kepada mama & papa. Peneman setia bila salah seorang ber kursus. Anak yang baik dan pandai. Alhamdulillah Ya Allah.

tengok pada tajuk tu wajah yang gebu kan..alhamdulillah lahirnya memang kulit nya sebegitu rupa, wajah yang indah, mata yang cantik. 

Sedikit tips yang wana ingin kongsikan kepada anda ialah dengan beramal dengan sepenuh pengharapan ketika kita mengandung, berdoa dengan sepenuh jiwa, membaca surah-surah seperti surah Yusuf, surah Luqman, surah Maryam, membaca Al-Quran, selawat, membaca bahan ilmiah dan membacakan dengan kuat agar didengari oleh anak :)  serta menjaga pemakanan kita. in shaa Allah, dengan izin Allah lahir lah anak yang cantik, bijak, soleh in shaa Allah. 

dari segi penjagaan luaran & pemakanan..wana ada ceritakan yang Maisarah consume Shaklee kan? Maisarah consume Meal shakes dan chewable vita c plus. Dari segi pemakanan, kami amat menjaga pemakanannya dan alhamdulillah semua dia makan. tak memilih.

kenapa wana bagi meal shakes dan chewable vita c plus??
itu sebagai vitamin tambahan yang menyokong dan menampung keperluannya, sedar atau tidak..kita sendiri tak pasti adakah lauk yang kita masak itu masih terdapat zat-zat di dalamnya atau tinggal sedikit..kan?

alhamdulillah selera makannya konsisten. ramai yang tegur Maisarah tak macam dulu, dulu nampak chubby, sekarang tinggi dan nampak kurus sikit.Maisarah ni aktif, ditambah pula dengan genetik yang berbaka tinggi terutama sebelah wana. kalau time balik kampung, nampak dia lagi tinggi berbanding sepupu dan makcik nya yang umur 5-6 tahun..heee. 

Alhamdulillah atas anugerah cinta yang terindah ini, moga Maisarah selamat, bahagia dan berjaya di dunia & akhirat. Amin. in shaa Allah

Mama & Papa sayang kakak :)

 




carotomax kecil comel yang WOW!!

alhamdulillah setelah sekian lama, carotomax kembali. memang ditunggu-tunggu ni. carotomax datang dalam bentuk yang sangat cute tapi khasiat nya, memang WOW.

sememang nya ramai yang mengalami masalah mata menanti kemunculan semula carotomax ni, termasuk saya.heee. wana ada rabun jauh dan juga silau :) jadi kalau malam, kawasan yang terlalu gelap yang tak de tiang lampu wana kurang confident untuk drive melainkan kalau terpaksa. heee..

teringat pulak wana kisah bulan lepas time tu aki sebelah encik suami sakit dan masuk icu hospital Pekan, stay kat hospital sampai jam 12 lbh malam. memang tak boleh masuk tapi boleh duduk kat tempat duduk yang disediakan kat luar. ramai mak cik dan saudara lagi masih menunggu walaupun dah larut malam. So, husband cakap dia nak stay dan tidur jaga aki. Jadi ada makcik2 yang nak balik, wana agak kurang confident juga nak bawak tambah nak balik ke temai tengah agak gelap jalannya. tambah makcik yang boleh drive, tak berapa berani nak drive kereta husband.

tapi dah terpaksa, wana pun drive kereta husband dan bawak makcik balik, mula2 aje kurang yakin nak bawak..dan jumpa stereng dan gear..heee.. bawak la dalam 70 -80. heee..ditambah dengan bunyi turbo kereta tu kan.hehe.selamat la sampai.alhamdulillah :)

ok, melalut ke cerita drive pula. terus sahaja ke carotomax. apa guna carotomax ni?


wana gambarkan secara ringkas ya:

carotomax membantu anda yang:

 mengalami masalah mata
 mengalami rabun silau
 mengalami masalah penglihatan (contoh nya kabur)/rabun
 mempunyai mata yang sensitif
 ingin memiliki mata yang sihat
 membantu mencegah kanser (antioksidan)
 ingin kekal awet muda

nak order?? boleh contact wana sms/whatsapp 0199904429  tulipcomey@gmail.com