Showing posts with label kulit cantik. Show all posts
Showing posts with label kulit cantik. Show all posts

Monday, October 27, 2014

Promosi Oktober Yang Bakal Berakhir

Berbaki beberapa hari lagi sebelum tirai promosi Oktober akan berakhir.

Sungguh rugi bagi sesiapa yang tak rebut peluang untuk dapat ESP dan meal shakes bulan Oktober ni. Kedua-duanya kaya khasiat tersendiri.

Ada ibu yang datang kepada wana, bercerita tentang masalah anaknya yang mudah dan kerap ditimpa penyakit. Kejap pulih dari demam, dua tiga hari lepas tu demam semula plus selsema. Dah ke doktor, buat blood test, tapi segalanya negatif. 

Buntu ibu muda tu nak buat apa, jadi wana cadangkan meal shakes untuk dijadikan supplement bagi anaknya. Kerana alhamdulillah dengan izin Allah, meal shakes ni telah banyak membantu para ibu yang berhadapan dengan situasi yang sama, anak yang kerap jatuh sakit, selsema/batuk yang berlanjutan, anak yang kurang selera makan, anak2 yang sembelit, kulit kasar dan eczema.

Itu situasi yang pertama, ni wana nak story situasi kedua di mana ibu muda juga berkongsi masalah kulit kasar, menggelupas, kering yang dialami oleh bayi nya. Pelbagai minyak dah disapu. Bayi nya sepenuhnya menyusu badan. Jadi wana memberi alternatif untuk ibu ni, iaitu dengan menambah ESP dalam hidangan harian ibu. Jadi khasiat dapat dikongsi untuk bayi. 

Alhamdulillah dengan izin Allah, ESP yang kaya khasiat ini juga telah banyak membantu ibu2 yang inginkan milk booster, slim, kulit yang cantik mummy & baby, kesihatan dalaman wanita, bertenaga, juga kemantapan untuk kebahagiaan.

Banyak sebenarnya kalau nak diceritakan tentang khasiat kedua-duanya baik ESP mahupun meal shakes ni. Wana sendiri pengamal ESP, sementara anakanda saya penggemar Meal shakes.Alhamdulillah, terbukti khasiatnya dan kami amat berpuas hati. Memang berbaloi.

saya sedia membantu anda :)

Mama wana
ID918791
01116866987
tulipcomey@gmail.com

Wednesday, April 9, 2014

wajah yang gebu itu anak ku :)

hehe..tengok tajuk mesti ade yang sengih kan?

Alhamdulillah atas anugerah Allah kepada kami suami isteri, Maisarah anugerah daripada Allah. Permata hati kami dan pengerat kasih sayang kami.

Tahun ni Maisarah masuk 4 tahun, maka banyak dah mulut2 berbunyi..bila nak tambah?? maisarah dah besar, sian main sorang2..dah besar tu, elok la tambah sorang lagi. in shaa Allah ada perancangan ke situ. Tapi buat masa ni, kami fokus kepada nya. Mencorakkan diri nya dengan acuan yang kukuh. Bekalkan dengan ilmu dunia & akhirat. Pada Wana sendiri, wana mementingkan kualiti berbanding kuantiti. :) 

Maisarah alhamdulillah lahir dengan kulit yang memang cantik, bersih, cerah, licin..alhamdulillah. Maisarah seorang anak yang aktif, petah berkata-kata, sahabat kepada mama & papa. Peneman setia bila salah seorang ber kursus. Anak yang baik dan pandai. Alhamdulillah Ya Allah.

tengok pada tajuk tu wajah yang gebu kan..alhamdulillah lahirnya memang kulit nya sebegitu rupa, wajah yang indah, mata yang cantik. 

Sedikit tips yang wana ingin kongsikan kepada anda ialah dengan beramal dengan sepenuh pengharapan ketika kita mengandung, berdoa dengan sepenuh jiwa, membaca surah-surah seperti surah Yusuf, surah Luqman, surah Maryam, membaca Al-Quran, selawat, membaca bahan ilmiah dan membacakan dengan kuat agar didengari oleh anak :)  serta menjaga pemakanan kita. in shaa Allah, dengan izin Allah lahir lah anak yang cantik, bijak, soleh in shaa Allah. 

dari segi penjagaan luaran & pemakanan..wana ada ceritakan yang Maisarah consume Shaklee kan? Maisarah consume Meal shakes dan chewable vita c plus. Dari segi pemakanan, kami amat menjaga pemakanannya dan alhamdulillah semua dia makan. tak memilih.

kenapa wana bagi meal shakes dan chewable vita c plus??
itu sebagai vitamin tambahan yang menyokong dan menampung keperluannya, sedar atau tidak..kita sendiri tak pasti adakah lauk yang kita masak itu masih terdapat zat-zat di dalamnya atau tinggal sedikit..kan?

alhamdulillah selera makannya konsisten. ramai yang tegur Maisarah tak macam dulu, dulu nampak chubby, sekarang tinggi dan nampak kurus sikit.Maisarah ni aktif, ditambah pula dengan genetik yang berbaka tinggi terutama sebelah wana. kalau time balik kampung, nampak dia lagi tinggi berbanding sepupu dan makcik nya yang umur 5-6 tahun..heee. 

Alhamdulillah atas anugerah cinta yang terindah ini, moga Maisarah selamat, bahagia dan berjaya di dunia & akhirat. Amin. in shaa Allah

Mama & Papa sayang kakak :)