Showing posts with label Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Bersalin. Show all posts

Monday, February 16, 2015

Persiapan Barang-barang Ibu dan Anak ke Hospital

assalamualaikum semua.

lama wana tak coret-coret kat sini. Hari ni wana nak kongsi dengan anda semua berkenaan persiapan barang-barang ibu dan anak untuk ke hospital. Esok, Selasa 17 Februari 2015 masuk minggu ke 30 usia kandungan wana. Jadi telah sampai masanya kita tengok dan sediakan barang-barang yang perlu. Barang baby masuk dalam beg dia, barang mummy dalam beg mummy.

 Bila masuk aje trimester ke 3 ni, ibu-ibu perlu bersedia sebab bila-bila masa kelahiran akan berlaku. Jadi apa yang perlu disediakan dan dipersiapkan?? maklumlah hampir 4 tahun 4 bulan, cuti dari bersalin ni...dah lupa. Kakak Maisarah pun alhamdulillah dah Pra Sekolah 5 tahun ( kalau ikut tahun, 2015 ni dia 5 tahun). Jadi Alhamdulillah rezeki daripada Allah bakal kurniakan teman buat kakak, adalah teman buat kakak main-main nanti. Mudah-mudahan semuanya selamat dan berjalan lancar.

ok, terus sahaja kepada persiapan ibu dan anak.





Barang IBU

  1. Buku PINK/KAD PINK (ha..ni satu kemestian ye semua ibu)
  2. IC 
  3. Maternity Pad
  4. Panties (agak-agak lah bilangan yang secukupnya ya)
  5. Stokin 
  6. Selipar toilet (ni pilih la yang elok, jangan yang licin tau)
  7. Nursing Bra, nursing pad
  8. Tshirt yang sesuai (kalau kena stay kat wad/ time nak keluar wad)
  9. Sweater
  10. Kain batik 
  11. Tudung instant ( time ni tak sempat dah nak lilit2...kena2 time doc/doc pelatih/ pelawat datang)
  12. Kapas (untuk cuci luka..tuttt)
  13. Alat2 mandi (Shower gel, berus gigi/ubat gigi, syampoo, pencuci muka, towel)
  14. Charger HP 
  15. Bahan Makanan (ni perlu jugak tau, kalau kat wad ada time2 makannya..in case nak nyusu perut lapa ke dahaga ke boleh la alas perut) : (Termos, milo 3 in 1, Mug, biskut, roti, sudu, garpu, pinggan..wana nak tambah ESP shaklee 1 angkut sekali nanti) ni letak lah dalam satu bakul. Jadi mudah.
  16. plastik besar untuk letak baju2 kotor
  17. majalah/novel/bahan bacaan nak hilangkan kebosanan anda

Barang BABY
  1. Baju Baby (agak-agak lah berapa set yang anda nak bawak ~ 3 set baju& seluar panjang, 1 set baju lubang-lubang untuk pakai siang)
  2. Selimut/blanket
  3. Sarung tangan/kaki ~ 3 set
  4. Bedung/barut~ 2-3 helai
  5. Towel mandi baby
  6. Towel kecil untuk lap-lap time sudah menyusu
  7. Wet wipes (ni membantu untuk kerja2 penyucian time kat wad, kalau dah balik umah lain cerita)
  8. Minyak yuyi / minyak untuk baby atau seangkatan dengannya
  9. diaper/pampers baby ~ dalam 6-8 keping
  10. baby changing mat

ha..ni lah dia sedikit sebanyak info yang wana nak kongsikan bersama. untuk anda bakal-bakal ibu dan diri wana sendiri sebagai rujukan :)

Moga kita semua selamat, dipermudahkan proses kelahiran, semoga zuriat kita menjadi insan yang soleh dan solehah yang berjaya di dunia dan akhirat. amin. in shaa Allah 





Wednesday, September 24, 2014

Buasir Dalam Pantang Itu Mengerikan

Hari ni wana nak story kepada semua tentang ngerinya buasir ketika kita berpantang.

Dalam beberapa hari ni, wana didatangi oleh beberapa ibu yang baru sahaja melahirkan anak, means dalam tempoh berpantang. Wana tumpang simpati apabila mereka menceritakan tentang pengalaman mereka dengan buasir. Ada yang keluar darah semasa membuang air besar, najis keras, phobia untuk ke tandas, ada yang dikatakan seperti keluar sedikit 'isi' dan menyebabkan rasa stress yang amat.

Berpantang yang dikatakan masa beristirehat, atau fasa pemulihan segala luka dalaman dan luaran, kestabilan emosi terganggu dek buasir. Pengalaman wana sendiri berhadapan dengan situasi sembelit semasa dalam berpantang. Sembelit pun kita rasa mengerikan, apatah lagi yang menghadapi buasir kan?

apa yang dapat membantu ibu-ibu ini? ya, wana cuba sedaya upaya untuk membantu.


ni set yang dicadangkan untuk individu yang mengalami buasir, yang tersenarai adalah khasiat dan fokus vitamin secara ringkas berkaitan permasalahn buasir ni.



ni set berpantang yang dicadangkan buat ibu yang menjalani proses berpantang yang juga dapat membantu masalah buasir ni

antara testimoni customer yang juga mengalami buasir ketika berpantang


Jadi, JANGAN BERLENGAH lagi!!
segera mencari SOLUSI untuk permasalahan anda


JOM jalani masa berpantang dengan riang & gembira

untuk pertanyaaan lanjut
sms/whatsapp wana 01116866987
tulipcomey@gmail.com
ID918791



Monday, July 21, 2014

Persiapan Terakhir Sebelum Kelahiran

Semua pasti teruja menanti saat menunggu lahirnya permata hati ke dunia. Pelbagai persiapan telah buat, IBU kini bersedia untuk menempuh satu lagi fasa iaitu FASA kelahiran. Jadi entri kita malam ni berkaitan Persiapan Terakhir Sebelum Kelahiran. Entri kali ni hanya lah check list terakhir untuk disemak oleh bakal ibu supaya ibu dapat menempuh fasa kelahiran dengan penuh tenang dan bertenaga.

Ada yang menghampiri due date, ada yang dua minggu dari sekarang estimate due date nya, ada yang seminggu menghampiri tarikh yang dijangka. Jadi apa yang perlu kita lakukan terutama dengan Syawal yang bakal menjelma, pastinya para ibu ada yang merancang nak pulang ke kampung.



  1. Semak kembali persiapan bayi yang berada di dalam kereta. Kad ibu, persalinan kelengkapan bayi, items yang dirasakan perlu. Cek dari masa ke masa agar tiada yang tercicir.
  2. Bagi ibu2 yang makin menghampiri tarikh kelahiran di cadangkan hanya berjalan di kawasan yang berdekatan dan sebolehnya elakkan daripada travel long distance. Kebimbangan kita adalah apabila berada di highway atau jalan persekutuan, jarak nak ke hospital akan memakan masa. Kita sendiri tau kebanyakan jalan-jalan short cut ni kebanyakannya dipelopori oleh ladang getah atau kelapa sawit dan jarak untuk ke hospital berdekatan adalah jauh. (in shaa Allah wana akan buka entri Risiko Perjalanan Jauh). Adalah lebih baik jika anda mendapatkan nasihat dan pandangan daripada doktor anda.
  3. Pastikan para bakal ibu mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi.
  4. Teruskan pemakanan yang seimbang dan pengambilan air yang mencukupi.
  5. Terus memperbanyakkan zikir, membaca Al-Quran,berdoa, berkata yang baik, melihat perkara yang baik, bersangka baik. Semuanya in shaa Allah akan membantu mempermudahkan kelahiran.

Salam Sayang
wana
ID918791
0199904429/01116866987 (sms, whatsapp)
tulipcomey@gmail.com

Sunday, July 6, 2014

Berpantang Dengan Gembira

Kali ni wana nak bercerita tentang Berpantang Dengan Gembira.

Setelah melalui fasa mengandung, para ibu akan mengalami satu lagi fasa kelahiran di mana bayi-bayi syurga akan melihat dunia. Saat dan detik yang sangat membahagiakan. Dengan kelahiran itu, maka bermula lah fasa berpantang seorang ibu.

Ada ibu-ibu yang menjadi 'panda'. Panda di sini merujuk kepada berjaga malam untuk menyusukan bayinya. Ada yang rasa tak cukup tidur. Ada juga ibu-ibu yang mengalami sakit atau sengal belakang. Ada yang merasa stress kerana susu yang kurang pengeluarannya. 

Normal susu para ibu skit flow nya di awal kelahiran, dalam satu ke tiga hari bersalin, flow susu belum banyak. Lepas dari hari ketiga biasanya flow sudah kembali normal. Ada yang merasa sakit di kawasan jahitan dengan luka luaran dan dalaman (ni bukan bertujuan untuk menakutkan anda tau), yang agak fobia sembelit semasa berpantang.

Ok, tengok aje tajuk entri kita berkenaan dengan Berpantang Dengan Gembira, jadi hari ni wana nak story semestinya tentang Set Berpantang yang mampu membuatkan anda dapat menjalani fasa berpantang dengan gembira, bahagia, cergas iaitu Set Berpantang Shaklee yang dipercayai oleh para ibu puluhan tahun.

Set berpantang Shaklee memberikan para ibu rasa yang luarbiasa,
  • ibu lebih bertenaga
  • bantu mempercepatkan luka dalaman dan luaran
  • membantu mengurangkan stress
  • membantu membanyakkan pengeluaran susu ibu
  • membantu mengurangkan masalah lenguh-lenguh badan
  • bantu mengelakkan sembelit
  • ibu tak nampak seperti dalam berpantang pun 
  • gembira menjalani masa berpantang!!

SET BERPANTANG Shaklee ni, wana pecahkan kepada 2 bahagian iaitu

SET Berpantang BASIC (ni buat anda-anda yang kekangan bajet) yang terdiri daripada kombinasi:
  • ESP
  • zinc complex
  • vitalea

SET Berpantang FULL, yang terdiri daripada gabungan
  • zinc complex
  • vitalea
  • B complex
  • Sustained release vita C plus
  • ESP
  • Ostematrix


Untuk keterangan lanjut, boleh terus hubungi wana

wana
ID918791
0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com