Sabda Rasulullah SAW dalam hadith baginda
“Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu menjana 9/10 daripada rezeki”. (Hadith Riwayat Imam Ahmad)
Hari ni kita nak sentuh tentang strategi perniagaan Abdul Rahman bin Auf
siapa Abdul Rahman bin Auf ?
Abdul Rahman bin Auf merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang
hartawan namun tetap zuhud. Beliau telah banyak membelanjakan
harta kekayaannya ke jalan agama
Jika ada yang bertanya tentang rahsia perniagaannya, Abdul Rahman bin Auf menjawab;
“Aku tidak menjual barang-barang cacat, aku merasa cukup dengan untung yang sedikit kerana aku tahu Allah memberkati..”
Kesimpulan yang dapat wana rumuskan tatkala membacanya adalah:
- Bersyukur dan jangan menolak rezeki walaupun keuntungannya hanyalah sedikit
- mempercepatkan segala urusan jual beli. Maknanya di sini, kita berusaha memenuhi atau mencari apa yang pelanggan cari atau kepantasan dalam menangani sebarang masalah.
- Urusniaga dijalankan secara tunai sahaja.
“Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran.”
Abdul Rahman bin Auf tidak mengamalkan cara tangguhan bayaran, semuanya dalam urusniaga tunai. Jadi peniaga dapat membuat pusingan modal dengan cepat dan mudah digunakan untuk menambah atau membeli barangan yang baru untuk dijual.
RAHSIA TERPENTING!!!
Rahsia yang harus peniaga Islam ketahui ialah setiap malam
yang sepi, para peniaga diketuai oleh
Saidina Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. sendiri akan bermunajat kepada Allah
dan Rasul.
Mereka semua melakukan solat hajat, berdoa, taubat, zikir wirid,
membaca Al-Quran, selawat dan lain-lain ibadah sampingan demi
mendapatkan Tuhan sebagai penolong dan pemimpin. Maka jatuhlah ke hati
mereka mukjizat Rasulullah SAW mengajarkan bagaimana perniagaan menurut
Islam atau cara berniaga yang disuruh Allah SWT.
Mereka akhirnya dapat menawan hati penduduk kota Madinah. Para
penduduk mula beralih daripada peniaga yahudi kepada peniaga pimpinan
Abdul Rahman bin auf r.a. Beliau memupukkan rasa kasih sayang sesama
peniaga dan para pelanggan.
Salam sayang
~mama wana~
0199904429
id 918791
No comments:
Post a Comment