Tuesday, December 10, 2013

A Petai a day keeps the doctor away..hehehe

Petai?? hehehe..siapa tak kenal angkat tangan?? kebetulan lauk hari ni sambal tumis ikan bilis petai..wana ingat lagi time belum kahwin dulu, abah wana cakap anak dara tak elok makan petai. So, tak makan la. Lepas kahwin baru kenal erti petai ni..hehehe.. en suami pulak tak makan kalau petai ni dibuat ulam, dia makan bila masukkan petai dalam masakan. Sambal udang letak petai, sambal ikan bilis letak petai.. yummy. Ramai yang tak makan petai sebab bau mulut lepas makan nanti & air kencing berbau. hee

Meskipun ada side effect nye...hehehe (mulut berbau & air kencing berbau) tapi Petai ni mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi. Buah petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding buah-buah hutan yang lain. Selain itu buah petai mengandungi kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C (vitamin C boleh jadikan anda awet muda!). Yang paling berkhasiat ialah petai yang segar dan besar buahnya.

ANTARA KHASIAT PETAI termasuk lah:
  • melegakan tekanan 
  • melegakan PMS
  • membantu dalam masalah anemia (mengandungi zat besi yang tinggi, merangsang penghasilan hemoglobin dalam darah)
  • mengawal tekanan darah (mengandungi potassium yang tinggi & kandungan garam yang rendah)
  • bagus untuk perkembangan IQ 
  • mengelakkan sembelit (mengandungi kandungan serat yang tinggi, memang betul pun..lawas betul :)
  • merawat pedih ulu hati
  • mengelakkan "morning sickness"
  • sapuan menggunakan bahagian dalam kulitnya dapat mengelakkan gigitan nyamuk
  • menjaga kesihatan saraf (tinggi vitamin B)
  • bagus untuk individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan
  • merawat atau mengelakkan ulcer
  • mengawal suhu badan
  • bagus untuk PEROKOK yang nak BERHENTI MEROKOK
  • dapat mengelakkan strok
  • menghilangkan kutil 
  • membantu penghidap Seasonal Affective Disorder (SAD) terutama pada musim sejuk (petai mengandungi tryptophan)
Dari sudut perubatan tradisional pula, setiap bahagian petai ada fungsinya:

Biji Petai
  • Apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, yang keluar bersama najis.
Daun
  • Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)
  • Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.




ha.... tengok banyaknya khasiat petai..jangan perlekehkan petai tau.

No comments:

Post a Comment