Thursday, July 3, 2014

Tips Sentiasa Segar Semasa Mengandung Di Bulan Ramadhan


Kalau sebelum ni kita bercerita tentang pemakanan ibu mengandung, kali ni nak story pula tentang Tips Sentiasa Segar Semasa Mengandung Di Bulan Ramadhan.

ha..ibu-ibu hamil pasti nak nampak segar dan berseri-seri ye, tak tunggu make up bagai. Wana dulu, time pregnant memang tinggalkan segala make up dan macam malas nak tampal-tampal kat muka.heee..time pregnant tu betul-betul muka semulajadi..chewahh.

ok, terus sahaja kepada Tips nya

Tips Sentiasa Segar Semasa Mengandung Di Bulan Ramadhan



  • Mengambil makanan yang berzat sama ada ketika berbuka ataupun bersahur. Walaupun dengan juadah yang sederhana, yang penting mesti cukup lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral.
  • Berusaha untuk mencegah kekeringan/kesan kekurangan air/dehidrasi dengan banyakkan minum air putih pada malam hari. 
  • Pada ketika berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman yang hangat dan sederhana manis seperti milo, susu. JANGAN minum minuman yang mengandungi soda kerana mendatangkan kesan buruk kepada perut.
  • JANGAN minum minuman yang sejuk atau ber ais.Perut yang kosong kerap kembung jika kita berbuka dengan minuman yang dingin/sejuk/ber ais.
  • Berehat dalam lingkungan sejam sebelum menjamu hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberi keseimbangan kepada sistem pencernaan kita. 
  • JANGAN ambil makanan dengan berlebihan atau yang mengandungi kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin.
  • Makan lah dengan perlahan ketika berbuka puasa agar perut tidak mengejut, juga untuk meringankan penghadaman. Kunyah lah dengan baik.
  • Agar kita mampu menahan lapar, ibu-ibu boleh mengambil hidangan yang kaya serat kerana tubuh kita mengambil masa yang lama untuk menghadam makanan yang kaya serat.
  • Anda juga boleh menyediakan makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta menyediakan makanan tambahan/supplement agar badan sentiasa segar dan bertenaga sepanjang hari.
Alternatif Shaklee untuk Ibu hamil kekal segar dan bertenaga sepanjang Ramadhan ialah dengan mengamalkan SET MIGHTY 3 GEMS yang terdiri daripada kombinasi mantap ESP, Performance Drink dan Meal Shakes. 

Ketiga-tiga kombinasi HEBAT ini, TERBUKTI membantu bukan sahaja ibu-ibu malah seisi keluarga dari segi tenaga, kesihatan dalaman, pertahanan badan, bantu mengelakkan dehidrasi, rasa segar, kulit lembap dan tak kering, pelawasan lancar, kaya serat.


Jika anda berminat untuk dapatkan SET MIGHTY 3 GEMS, anda boleh KLIK SINI   dan boleh terus order :)


Untuk keterangan lanjut, boleh terus hubungi 

wana
ID918791
sms/whatsapp 0199904429/ email tulipcomey@gmail.com



Pemakanan Ibu Hamil Di Bulan Ramadhan


Entri kita di awal pagi ni berkisar tentang Pemakanan Ibu Hamil Di Bulan Ramadhan. Amat bertepatan dengan situasi kita sekarang yang berada di bulan yang mulia yang penuh dengan keberkatan. Alhamdulillah.

Menyentuh tentang topik ni, wana tengok ramai rakan-rakan wana yang hamil. Alhamdulillah gembira mendengarnya. Bersyukur kita atas segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita. Jadi macam mana penjagaan pemakanan ibu-ibu hamil di bulan puasa ni?

Hakikat yang perlu kita pegang dan akui yang kehamilan bukan lah penyebab untuk kita makan secara berlebihan. Jadikan piramid makanan sebagai panduan buat kita agar kita mendapatkan khasiat serta zat yang diperlukan bersesuaian dengan ibu-ibu hamil yang perlu berkongsi zat-zat dengan bayi yang dikandungnya. Bayi yang anda kandung memerlukan nutrien daripada anda dan jika anda mempunyai simpanan tenaga yang cukup, maka kesan berpuasa kepada bayi anda berkurang.


Bagaimana seseorang ibu yang hamil itu menghadapi puasa juga berkait rapat dengan:
  • peringkat kehamilan
  • tahap kesihatan sebelum hamil
  • Jam berpuasa dalam sehari
Pengambilan makanan daripada pelbagai sumber dan kuantiti perlu dititikberatkan. Untuk ketahanan tubuh yang kuat, para ibu mestilah mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi contohnya daging. Makanan sebegini menyebabkan perut berasa lambat lapar.

Walaubagaimanapun, tuntutan kalori ni tidaklah tinggi jika kita bandingkan dengan keperluan untuk nutrien yang lain. Karbohidrat dan gula perlu dielakkan kerana ia hanya akan menambah nilai kalori. Serat dan sayur-sayuran jangan lupa untuk diselitkan dalam juadah anda.

Perbanyakkan minum air masak dan susu kira-kira dua hingga tiga liter sehari (bukan dua ke 3 gelas tau tapi dua ke tiga LITER). Jika tak mampu minum dalam kuantiti banyak, boleh diminum sedikit tapi kerap atau disediakan dalam bentuk jus.

Minum air sepanjang malam dan usah risau jika anda kerap membuang air kecil kerana ianya elok dan menunjukkan bahawa ibu tersebut tidak mengalami dehidrasi.

Pilihan yang baik untuk berbuka dan bersahur:

Semasa Berbuka
  • mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil.
  • buah-buahan segar, kurma, jus buah-buahan segar, kuih yang kurang manis dan kurang lemak, yogurt rendah lemak ditambah dengan buah-buahan, telur rebus/ayam panggang.
  • beberapa jam kemudian, boleh makan hidangan lain seperti roti bijiran bersama-sama telur dan tomato, ayam panggang dengan salad,keju dengan salad atau timun atau bihun sup, pasta berkuah,atau nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran.
  • atau laksa penang dengan sayur-sayuran, atau bihun goreng kurang minyak dengan ayam atau daging serta sayur.
Semasa Bersahur
  • ambil makanan seimbang dan rendah lemak.
  • makanan yang dimakan ketika sahur akan dapat bertahan selama lapan jam atau lebih awal.


salam sayang
wana
ID918791
0199904429
tulipcomey@gmail.com





Set Ibu Hamil Trimester 2



Menjengah usia kandungan ke Trimester 2 kehamilan sekitar 13 hingga 27 minggu kehamilan, kandungan semakin membesar, ibu-ibu dapat merasai pergerakan fetus, perut ibu yang comel pun makin menampakkan pertambahan saiz, ibu tambah berselera (bagi yang alami alahan teruk semasa trimester 1). 


Amat bahagia pengalaman mengandung ni. Alhamdulillah diberi peluang untuk merasai nikmat ini.

Sebelum ni, kita dah bercerita tentang keperluan vitamin untuk ibu-ibu dalam Trimester 1. Kali ini wana bercerita pula tentang vitamin untuk ibu hamil trimester 2. Apa yang membezakan Trimester 1 dan Trimester 2 adalah pertambahan Omega guard yang kaya dengan DHA yang penting dalam proses perkembangan minda dan otak bayi anda.

Jadi secara kesimpulannya vitamin yang dicadangkan untuk Trimester 2 kehamilan:
  • vitalea
  • B complex
  • Sustained release vita C plus
  • Ostematrix
  • Omega guard
berminat untuk miliki Set Ibu Hamil Trimester 2 anda? terus sahaja klik link di bawah:

KLIK SINI (SET IBU HAMIL TRIMESTER 2)


atau untuk keterangan lanjut boleh terus hubungi saya

wana 
ID918791
0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com


Wednesday, July 2, 2014

Set Ibu Hamil Trimester 1

Menerima berita kehamilan adalah suatu yang membahagiakan serta menggembirakan semua. Ada yang bertanya wana, dalam Shaklee ni ada tak Set Ibu hamil?



Dalam Shaklee ada set yang istimewa untuk ibu-ibu hamil yang menyokong keperluan mineral, zat-zat yang diperlukan oleh ibu mengandung. Orang kata, bila berbadan dua ni kita berkongsi untuk dua orang.

Dalam entri ni, wana akan share sikit tentang Set Ibu Hamil Trimester 1 (1-12 weeks)

antara vitamin yang dicadangkan buat mummy to be ni

  • vitalea (multivitamin yang lengkap, ibu-ibu rasa bertenaga, dapat elakkan pitam/loya )
  • B complex (lengkap dengan asid folik, antistress, membantu bekalkan tenaga,meningkatkan pertahanan badan)
  • Sustained release vita C plus (keperluan antioksidan si ibu, membantu meningkatkan pertahanan badan)
  • Ostematrix (membekalkan kalsium, magnesium, vitamin D, membantu hilangkan lenguh2 belakang, elak sembelit, bantu mendapatkan tidur yang berkualiti)
ni antara khasiatnya secara ringkas, banyak lagi kalau nak disenaraikan kat sini.

Jadi ibu hamil yang comel yang ingin mendapatkan Set Ibu Hamil Trimester 1, boleh terus klik link ni ya


untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya

wana
ID918791
0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com

Tuesday, July 1, 2014

Bunting Rimau

Bunting Rimau..istilah ni memang wana belum pernah dengar. ni lah 1st time di usia hampir 29 tahun dengar istilah ni.



Nak dijadikan ceritanya macam ni. Wana ada seorang sahabat, bertanyakan wana simptom-simptom orang mengandung macam mana. wana pun bercerita la sebab dia nampak isteri dia keletihan dan hampir seminggu tak period. Jadi wana suruh dia beli test kit untuk cek pregnancy. Esok nya test la..nampak 2 jalur tapi jalur kedua tak berapa terang. Wana bagitau kat dia, kalau ikutnya positif, tapi nak confirmkan test guna kit yang lagi accurate atau terus confirm dengan Doktor.

Jadi bawak la wife dia jumpa Doktor. Cerita kat Doktor dan Doktor pun cakap positif cuma kandungan masih di awal usia. Doktor suruh datang lagi 2 minggu berikutnya untuk double confirm.

Awal pagi tadi wana dapat message daripada sahabat wana ni maklumkan yang wife dia kena admit ward sebab bleeding. Doc yang 1st kat hosp cakap -ve pregnancy test dan mungkin period. Nurse dan Dos seterusnya bagitau ada baby nya around 5 weeks. Jadi ramai2 sahabat pakat suruh confirm kan kat tempat lain pula, g jumpa doc lain kata nya upt -ve.

Jadi dia pergi jumpa ustaz bertanya tentang ni. Ustaz kata ada lagi bayinya. Bidan pula bagitau wife dia ni bunting rimau. Jadi bertanya la wana pada pakcik google sebab wana belum pernah dengar istilah tu. Yang biasa wana dengar bunting pelamin. ada 2,3 blog yang bercerita tentang pengalaman bunting pelanduk dan bunting rimau ni.

wana nasihatkan dia, terus bagi moral support kat wife dia, teruskan berdoa di dalam bulan yang penuh keberkatan ni. Moga2 wife dan baby nya terus kuat menghadapi ujian dan dugaan ni seterusnya selamat kedua-duanya.

amin.amin. in shaa Allah.