Thursday, January 2, 2014

CABARAN DAY 14 (entri 2) Kolestrol..jahat ke?? berkongsi tips menjaga aras kolestrol

Kolesterol, bersifat lembut dan berminyak, tidak berbau. Hadir pada setiap bahagian badan, terutamanya di dalam otak (dengan membentuk 11% dari berat keringnya), sistem saraf, kulit, hati, usus, limpa dan hormon sex. Jadi, manusia memerlukannya di dalam proses biologi. Cuma tak boleh pada jumlah yang terlalu banyak. Menjadi lumrah, setiap unsur pada makanan perlu ada had pengambilannya. 



Dalam tubuh terdapat lemak terdiri dari kolesterol jahat yang biasa disebut LDL (Low Density Lipoprotein) dimana lemak ini dapat menempel pada pembuluh darah. Sedangkan kolesterol baik yang dikenal dengan HDL (High Density Lipoprotein) merupakan lemak yang dapat melarutkan kandungan LDL dalam tubuh. Kolesterol normal dalam tubuh adalah 160-200 mg, maka penumpukan kandungan LDL harus dicegah agar tetap dalam keadaan normal.


Teringat wana pada ex-housemate wana, orangnya sangat kurus (sebelum dia kahwin), time dia g check up semua..aras kolestrol, tekanan darah..tup2..bacaan kolestrol tinggi..terus dia ke kedai dan consume oat..heee...Jadi jangan ingat, hanya orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan aje yang akan kena..yang kurus pun boleh tau. Jadi apa yang perlu kita lakukan??

Berikut wana share beberapa tips mengenai penjagaan kolestrol. Mungkin ramai dah mengetahuinya tapi adakah kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian?? ok, terus sahaja kepada TIPS PENJAGAAN KOLESTROL

  1. DIET (contoh nya minum susu low fat..yang full cream tu memang best, tapi AWAS ye..jangan selalu mengamalkannya. Minyak yang digunakan berulang kali juga boleh meningkatkan aras kolestrol, maka ada baiknya kita cuba menggunakan penggunaan minyak yang berulang atau sebaiknya kurangkan pemakanan makanan yang berminyak dalam hidangan.
  2. MAKANAN LEBIH MAKANAN BERSERAT. misalnya gandum, kacang, sayur-sayuran serta buah-buahan. Jenis makanan yang kaya serat ini akan mengikat kolestrol dan menyerapnya serta akan mengeluarkan kolestrol daripada tubuh.
  3. MAKANAN KAYA ANTIOKSIDA. seperti buah-buahan. Banyak ye makanan yang kaya antioksida ni dapat membantu masalah kesihatan.( bawang putih juga dapat menurunkan aras kolestrol..wahh..menarik).
  4. HINDARI MEROKOK DAN ALKOHOL. 
  5. BERSENAM. curi la masa 20-30 minit satu sesi, supaya badan dapat membakar lemak dan berpeluh :)

JOM hidup sihat tanpa kolestrol JAHAT :)







CABARAN DAY 14 (entri 1) restoran kegemaran

Awal pagi ni nak story tentang restoran kegemaran..hurmmm..kelaka bila ingatkan semalam..en suami dah tdo..wana tepuk jap dia tanya apa restoran kegemaran wana..hehe.dah en suami pun bagi jawapannya.tq dear

Hakikatnya tempat yg wana paling suka makan adalah di rumah sendiri dan rumah mak.hahaha...mana tak nya air tangan seorang ibu tu sangat best.tu belum campur air tangan abah.seingat wana last wana rasa air tangan abah time wana darjah 4. Tu la nasi goreng yang tersedap. Penangan air tangan abah, sampai sekarang wana ingat rasanya. Nasi goreng putih yang simple tapi dicampur dengan keikhlasan dan kasih sayang maka sangat sedap.

Ok, terus sahaja ke restoran kegemaran wana. Dah lama tak singgah kat situ sebenarnya..Restoran Sri Baging, atas sikit dari Sungai Ular, Cherating.

Ntah..wana rasa best kat situ..ade surau, toilet yang bersih, banyak dan selesa. Cuma satu aje yg kadang2 menggangu. KUCING..Maisarah tak berani dengan kucing..mama nye pon sama. Tapi mama nya xde la takut sangat..cuma terkejut n tak suka klau dia lompat tengah kita makan. Tapi jarang2 aje ada kucing kat situ.

Wednesday, January 1, 2014

CABARAN DAY 13 (entri 2 ) Anak asthma?? Kenali Tanda dan gejala asma

ok, sebelum2 ni wana ada mengupas tentang asthma, kanak-kanak & Shaklee (boleh klik link ni ya)

Wana tengok akhir2 ni ramai ibu bapa yang post gambar anak buat rawatan untuk lelah, ada anak2 dimasukkan ke hospital kerana demam plus lelah, batuk berkahak. Ye, memang dalam proses pembesaran anak-anak akan tempuhi nya. Tapi kita sebagai ibu bapa juga perlu memikirkan alternatif lain untuk kesihatan dan perkembangan anak-anak.


Kepada ibu bapa yang prihatin, ada yang mendapatkan Meal shakes & Omega guard Shaklee untuk anak2. Mana2 yang berpendapatan lebih atau mempunyai peruntukkan lebih, wana rasa tak salah andai dilaburkan untuk kesihatan anak.

Penyebab asthma yang jelas belum dapat dikenalpasti, seiring dengan kemajuan sesuatu negara, kita lebih terdedah dengan pencemaran udara yang tinggi baik dari segi asap ataupun debu. 

Rata2 penghidap asthma ni lebih peka atau sensitif terhadap berbagai rangsangan seperti yang wana sebutkan tadi, pencemaran sekeliling, pemakanan, haiwan berbulu (ada yang menyatakan kalau ada anak asthma, jangan bela binatang berbulu dalam rumah..terutama kucing..sejauh mana kebenarannya..in shaa Allah nanti wana kupaskan pada entri yang akan datang), tekanan jiwa, aroma seperti perfume, ada juga berlaku disebabkan jangkitan pada salur pernafasan.

Ada juga yang mengaitkannya dengan faktor keturunan. Jika salah seorang antara ayah atau ibu mengalami asthma atau ada latar belakang family terdekat asthma. Yang ni rata2 kita nampak flow nya kan..macam wana sebelah family wana tiada yang mengalami asthma ni, kalau sebelah en suami, anak2 saudaranya ada yang asthma kerana latar belakang family biras dan abang ipar wana ada yang asthma

Tanda dan gejala Asthma:
  • Pernafasan berbunyi (wheezing) terutama saat menghembus nafas. Tidak semua penderita asma memiliki pernafasan yang berbunyi, dan tidak semua orang yang nafasnya terdegar wheezing adalah penderita asma!
  • sesak nafas sebagai akibat penyempitan saluran pernafasan
  • Batuk berpanjangan di waktu malam hari atau cuaca dingin.
  • ada yang menghidapnya merasakan dada sempit.
  • Serangan asma yang hebat menyebabkan penghidapnya tidak dapat bercakap kerana kesulitannya dalam mengatur pernafasan.
**Pada usia anak-anak, gejala awal yang boleh dikenalpasti adalah seperti rasa gatal dirongga dada atau leher. Sepanjang serangan asma, rasa cemas yang berlebihan dari penghidapnya dapat memperburukkan keadaanya (kalau berlaku pada anak anda, dapatkan mereka dan tenangkan mereka). Akibat daripada reaksi itu, penghidapnya akan mengeluarkan banyak peluh.

Jadi untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang asthma ni, perhatikan anak anda. Serangan asthma tak mengenal tempat. Jadilah ibu bapa yang sangat PRIHATIN :)


CABARAN DAY 13 (ENTRI 1) RM 1 JUTA/ Month

Assalamualaikum dan hai,

entri di pagi tahun baru 2014. Welcome 2014. Mudah-mudahan rezeki kita semua makin bertambah di tahun baru. amin. In shaa Allah. Entri pada pagi ni gempak sikit tajuknya " income RM 1 Juta sebulan" apa yang wana akan lakukan??

Memiliki wang yang banyak, memang menjadikan impian ramai orang tapi bila kita memiliki wang dan asset yang banyak, kita harus menggunakan ke jalan kebaikan agar duit yang kita peroleh itu berkat. Apa yang wana akan lakukan dengan wang sebanyak tu??


  1. Pertama sekali, sudah tentu mengeluarkan zakat. Supaya semua income atau harga yang kita perolehi suci dan berkat.
  2. Sedekah kepada rumah anak-anak yatim atau orang yang memerlukan.
  3. Menunaikan haji / umrah satu keluarga.
  4. Bagi makan atau menjamu orang ramai
  5. Simpanan di hari mendatang
  6. menyediakan atau menampung kelengkapan yang kurang (berbelanja dengan sederhana)
  7. bercuti satu keluarga

Cabaran day 12 (entri 2) Selsema, batuk dan demam

as salam..baru dapat siapkan entri ni hari ni memandangkan line internet semalam ke laut betul..huhu..



ok, entri yang simple sahaja untuk hari ni tentang selsema, batuk & demam. Demam diikuti dengan 2 sahabat ni..batuk & selsema memang merisaukan dan sangat tak selesa. even kalau berlaku pada kanak2 tambah2 lagi tak selesa. 


apa yang anda akan lakukan?? mesti ada yang telan panadol kan? untuk kanak2 ada yang letak cool fever sebelum bawa ke klinik. untuk yang dewasa, yang up rajin sikit terus ke klinik. Kalau wana, terus dapatkan Vitamin C shaklee..alhamdulillah. Memang best khasiatnya.

Kalau yang tak de vitamin C ada yang boleh dibuat ye, banyakkan minum air suam, mandi yang kerap (kalau kanak2 pon mandikan dia dengan kerap biar turun sikit suhunya dan dia lebih selesa).

Kalau yang tak de Vitamin C kat rumah, boleh juga consume Omega Guard atau nutriferon.ha...anda ingat x tentang post wana yang lepas tentang kenapa Nutriferon perlu ada di setiap rumah.. ini la tujuannya, untuk kita kejutkan pertahanan badan kita, rangsangkan lagi mekanisma nya untuk bekerja.

**untuk dewasa, boleh consume Sustained released vita C, omega guard, nutriferon.
**untuk kanak2, boleh dapatkan meal shakes & omega guard..sangat bagus :)

Hidup sihat, semulajadi, ceria & bahagia bersama SHAKLEE :)

saya SID anda yang ceria
NURAZWANA BINTI ZAKARIA
ID 918791
0199904429
tulipcomey@gmail.com