Tuesday, November 4, 2014

Topup Digi Ke Nombor Digi Yang Lain

Hari ni nak bukak entri ni sebab petang tadi, agak terkial-kial nak top up kan mak. Sebab diri ini yang celcom wana guna bil, yang no digi wana top up online. Tadi tak dapat nak top up online sebab Wifi problem. Jadi entri ni tentang topup digi ke nombor digi yang lain. Ni bukan share kredit tau. Ni bila kita ada no pin top up tu dan nak top up kepada orang lain secara manual.



Buntu nak buat macam mana, dah terbeli nombor top up tu..hmm..macam mana nak top up terus ke no digi mak ni?? jadi wana pun google lah. Hari ni paling sayang kat encik Google sebab membantu. Search sekali terus jumpa. Wana nak share kat sini, untuk perkongsian buat yang lain juga untuk diri sendiri.

Cara nya:-

  1. Tekan *123*
  2. Lepas tu masukkan 16 digit no prepaid 
  3. Kemudian tekan butang *
  4. Masukkan nombor telefon yang anda nak top up kan manual ni
  5. akhir sekali tekan butang #
Contohnya 

*123*1234567892345678*016XXXXX90#

Akhirnya dapat alert, anda telah berjaya menambah nilai bagi no.....


Salam Sayang
WANA
ID918791
01116866987



Sunday, November 2, 2014

Gajet Kepada Pelbagai Aktiviti

Kisah ni pulak tentang Maisarah dari dunia gajet kepada pelbagai aktiviti.



Wana rasa ada dalam setahun lebih Maisarah meninggalkan dunia Tablet/ipad ni. Sebelum ni, dia memang syok beno dengan bb playbook papa nya. Dengan games la..lagu la. Ada educational apps jugak dalam tu yang kami install. Ada sampai bawak ke tidur nak tgk cerita princess dan upin ipin. Jadi kami fikir, sampai masanya untuk kami jauhkan dia daripada gajet ni.

Alhamdulillah kami berjaya.heee..semuanya berpunca dengan playbook yang kerap hang...hahahaha. Bukan tu aje, smartphone kami langsung tiada install apps games or video kartun ni. kami banyakkan aktiviti indoor, belikan lego, banyakkan aktiviti bersama-sama seperti melukis, mewarna, bercerita, membaca, bacakan dia story book, main sama2. Jadi fokus dia akan tertumpu di situ. Then time cuti bawak g jalan-jalan, shop dan makan-makan. Selamat tinggal dunia gajet buat maisarah :)

Itu aje coretan khas wana..heee..ibu yang nak mencuba, cuba lah ye.. :)


mama wana
id918791
01116866987
tulipcomey@gmail.com


Tok Gajah Juara

Pagi ni just nak bercerita tentang bola semalam. Tok Gajah Juara Piala Malaysia 2014..YEAHHHH..syabas untuk team Pahang!!



Sejak pregnant ni, memang jadi satu tabiat nengok bola. Semalam tengok bola dua beranak sebab papanya on duty. Jadi kurang sikit feel nengok bola sebab kalau time berdebar menyorok belakang husband. heee.. Memang penuh debaran games semalam. Pemain pun agak keletihan. Yelah hampir 3 jam berada atas padang. 

Pahang bermain dengan 10 pemain kerana ada player dapat kad merah. Teringat lagi time Pahang lawan Kedah..pun main dengan 10 players. Hinggakan pengulas sukan cakap, team Pahang tak perlu main 11 orang, cukup dengan 10 orang pun mampu menewaskan pihak lawan.

Time Pahang gol, satu blok tempat wana duduk ni bergema. termasuk rumah ni.hahaha..siapa lagi kalau bukan maisarah dan mama nya ni..terperanjat baby kat dalam perut. Sorry la baby, excited dan berdebar punye pasal. 

Bila last masa tambahan semalam, husband balik. Ape lagi, join forum la tengok bola. Uishhh..bersemangat. Time panelti, nak tau ape wana buat?? berdebar punya pasal..time pemain Pahang punya turn wana menyorok dalam bilik. Husband cakap gol, wana keluar lah. heee..

Player Pahang yang wana suka?? 1) Dickson Nwakaeme (memang berbakat & kuat semangat walau dikepung bagai oleh pihak lawan) , 2) Matias Ruben Conti (suka tengok cara beliau jaringkan gol, muka tenang tapi jaringan power) , 3) Azamuddin Mohd Akil (bersahaja tapi berbakat) , 4) R.Gopinanthan (cipta banyak peluang)

Itu aje lah cerita bola semalam, amat puas hati. Pahang memang bermain dalam satu pasukan. Buat team Tok Gajah, TAHNIAH & teruskan semangat anda!! buat team JDT, cuba lagi :)


mama wana
ID918791
01116866987
tulipcomey@gmail.com